Friday, December 27, 2019

PANAS!! Pendedahan pegawai menteri PH berkenaan elaun yang di 'claim' sejak memerintah..!


Sekarang viral mengenai gaji dan elaun Menteri. Byk jugak yang viralkan keratan akhbar ni untuk membelasah Pakatan Harapan dan menuntut elaun Menteri dipotong.

Saban bulan, saya turut menguruskan claim Menteri. Banyak juga benda yang dia langsung tak claim seperti bil elektrik dan air rumah beliau. Sejak mula masuk office tak pernah dituntut. Bil telefon juga sama. Dia kata dia mampu bayar tanpa duit kerajaan. Claim luar negara pun walaupun isteri beliau berkerja rasmi sama, tak pernah dituntutnya. Claim perabot rumah semua tak diambil. Rumah kerajaan pun tak digunanya.

Saya dah bekerja dgn 4 orang Menteri. Termasuk Menteri BN. Masing2 ada kelebihan. Tapi bab berjimat ni saya angkat tabik hormat kepada Menteri saya yang ini.

Jadi bila ada fitnah teruk macam ni, saya rasa sgt tidak adil. Ada yang cakap ni keratan akhbar tahun 2016. Dan ia berpandukan maklumat dalam Internet sahaja dan bukan fakta sahih daripada JPA.


Mungkin ini elaun Menteri di bawah pentadbiran Najib. Zaman tu semua boleh. Gaji CEO GLC pun boleh sampai ratus ribu walaupun ekonomi merudum pada tahun 2015. Apa lah sangat elaun parking RM5000 😏

Yang pasti Kerajaan PH menggunakan sepenuhnya Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan semua peraturan yang berkuatkuasa. Dan JPA dan MOF memantau semua aliran masuk gaji dan elaun kepada Menteri dan Anggota Pentadbiran lain.

Maka saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara mengenai fitnah terbaru ini:

1. Gaji Menteri ditetapkan dalam Akta sebanyak RM16,000 sebulan. Bila PH mula memerintah, PM arahkan potongan gaji sebanyak 10% berkuatkuasa daripada Jun 2018 hingga sekarang.

Jadi orang pertama yang kena potong gaji sejak PH memerintah ialah Pak-Pak Menteri kita.

2. Elaun Menteri ada 6 jenis sahaja. Tupun semua ditetapkan bawah peraturan. Saya nak lampirkan disini tapi peraturan tu diketogorikan sebagai Sulit/ Terhad. Saya tengah tanya JPA sama ada boleh dilampirkan. Kalau boleh saya akan masukkan disini.

Elaun yang dibayar:

i. Elaun Jemaah Menteri
ii. Elaun Wakil Rakyat
iii. Elaun Rumah
iv. Elaun Keraian
v. Elaun Pembantu Rumah
vi. Bayaran Pentadbiran Persekutuan

Takde nya ELAUN PARKING bagai tu tuan2... Sangat la merepek!!!

3. Pasal bercuti luar negara lagi kuat fitnahnya. Yang boleh dituntut ialah tiket kapal terbang dan hotel. Takde dalam peraturan boleh dituntut sampai RM50,000 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Dan bercuti luar negara ni terpakai sejak tahun 1980 dan juga kemudahan ini turut dinikmati oleh Hakim-Hakim Negara.

4. Elaun perabut sampai RM40,000 takde dalam peraturan.

5. Tuntutan hadiah dan derma yang boleh diberikan kepada Badan Pertubuhan, yang tu langsung takde dalam peraturan.

6. Jamuan Raya sampai tuntutan beratus ribu juga tak masuk dalam peraturan 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

Jadi tuan2 byk yang fitnah nya dalam keratan akhbar ni. Kena juga check mungkin semua ni yang dipraktikkan oleh Kerajaan terdahulu 😅

Ramai yang kena tahu, pegawai kerajaan sekarang sgt beramanah menjalankan kerja mereka. Sebelum ni moto pegawai awam ialah “Saya yang menurut perintah” sekarang PM Tun tukar ke “Saya yang menjalankan amanah”

Setiap tuntutan diperhalusi mengikut pekeliling dan Akta. Daripada Pak Menteri hingga ke anggota kerajaan lain.

Jadi nak menyeleweng dan buat suka hati macam zaman BN dulu memang sangat mustahil sebab adanya check and balance tersebut 👍🏼

Nasihat saya, sebelum nak percaya dengan tohmahan pembangkang ni check dulu betul2 fakta. Jangan hanya diforward tanpa usul periksa.

Semestinya, pembangkang sgt desperate nak jadi kerajaan semula. Supaya apa yang dibuat dulu yang menguntungkan kantung mereka boleh dibuat semula.

Wallahualam...

Liyana Marzuki
Fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157783694838427&id=566123426

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...