Wednesday, December 25, 2019

PESURUHJAYA PAS KEDAH AMBIL MAKLUMAT TEPI LONGKANG


25122019 | Rabu

PESURUHJAYA PAS KEDAH AMBIL MAKLUMAT TEPI LONGKANG

Saya terbaca kenyataan media Pesuruhjaya Pas Kedah, Ustaz Ahmad Yahya beberapa jam yang lalu membuat kecaman kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato Seri Dr Mujahid Yusof berdasar maklumat yang beliau ambil dari lapuran dan maklumat yang salah.

Ini lah contoh walaupun berada di posisi nombor satu dalam Pas Kedah, namun pemikiranya tidak melambangkan kedududukan politiknya.

Dibawah adalah kenyataan jawapan kepada kenyataan media tersebut :


MUJAHID BAWA MISI RAHMAH KE CHINA

YB Menteri Agama mengadakan lawatan kerja ke China pada 23-30 Jun 2019 membawa isu keamanan, agama, haji dan halal, serta Gagasan Rahmatan Lil Alamin.

Pendirian beliau jelas tentang kebebasan beragama di mana prinsip asas ditekankan, menghormati hak rakyat untuk beragama.

Beliau sebagai Menteri dari Malaysia julung kali diberi penghormatan menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Towards A Peaceful and Harmonious World" di Beijing Foreign Studies University.

Apa disentuh beliau dalam ucapannya, isu hak asasi manusia, terutama melibatkan nyawa seorang manusia tanpa mengira mana etnik mahupun agama.

Umat Islam China terdiri daripada etnik Uyghur dan etnik lain Hui, Kazakh, Uzbeks dan Tajik.

Berhubung gambar kehadiran ke ‘Pusat Latihan dan Vokasional’, beliau di bawa melawat dan diberi taklimat tentang pusat latihan menjalankan latihan perindustrian pelbagai kemahiran seperti menjahit, kelas perundangan, seni gubahan bunga dan sebagainya, setakat itu sahaja.

Lawatan rasmi Menteri Agama mendapat kelulusan Kabinet, diberi taklimat Kementerian Luar tentang "do and don't".

Beliau juga bertemu Wang Zuoan, Vice-Minister of United Front Work Department, membincangkan pelbagai isu bersama termasuk peluang mengembangkan industri halal Malaysia-China, pengendalian haji serta isu melibatkan Imam di China.

China mempunyai 20 juta Muslim pelbagai etnik dan mempunyai kira-kira 30,000 masjid dan puluhan ribu imam.

Sepanjang lawatan dari 23 hingga 30 Jun itu, Menteri Agama bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta pegawai Kementerian Luar.

Ini merupakan pertama kali seorang menteri dari Malaysia bercakap tentang isu agama, haji dan halal kepada Kerajaan China, dan maklum balas diterima sangat positif.

Berhubung tuduhan dari laporan media, beliau tegas menyatakan pada sebarang masa tidak pernah mengeluarkan kenyataan berbunyi "penindasan umat Islam di China sebagai berita palsu".

Berita dilaporkan tersebut adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali, tidak pernah diucapkan beliau.

Yb Dato Dr Ismail bin Salleh
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Negeri Kedah.

25/12/2019

3 comments:

  1. Itulah standard pemimpin pas. Kalau dah digelar ustaz, patutnya tahu utk bertabayyun dulu. Fitnah seolah2 suatu kebiasaan.

    ReplyDelete
  2. Masaalahnya walaun pun takde otak. Kalau Dia org menggunakan akal fikiran, Mereka akan fikir, Kenapa setelah pas keluar Dari pakatan pembangkang, baru ph berjaya rampas kuasa dari BN, kenaoa negeri yg ditadbir pas mundur, negeri lain pun takde royalty Minyak jugak. Kenapa pengundi mereka terpaksa merantau utk Cari makan. Tapi tu la, telinga mereka Cuma dikhayalkan dgn syurga. Mcm umno dikhayalkan dgn brim. Allah takkan mengubah nasib seseorang manusia kalau mereka malas, Senang cakap la. Pasal malas nak berfikir, mereka Cuma berjaya memperkayakan golongan lebai2 je. Sebab tu lebai takuy istihar harta...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...