Wednesday, February 19, 2020

Apabila yang bijak pandai pun ulas & kongsi isu TH macam orang tak cerdik..!


2-3 Hari ni orang Viral pasal Tabung Haji.. sebenarnya aku malas nak jawab..2-3 minggu ni aku sibuk urusan peribadi aku..Kalau bani PAS jahat menipu yg aset Tabung Haji dijual atau digadai aku boleh faham lagi..Tapi tadi aku tengok orang share tadi..sampaikan orang macam Che gubard pun jahil dan sebar fitnah.. tak tahu nak kata apa dah..

Semua orang tahu beberapa Aset Tabung Haji dipindahkan dibawah SPV yang diperbadankan dibawah kementerian kewangan.. dah lama, bukan baru Aset ini diuruskan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ,antara lembaga pengarahnya Dr Zaharuddin Abdul Rahman.. pakar kewangan Islam..

Tugas (UJSB) ni sama dengan Danaharta yg ditubuhkan menyelamatkan GLC Kerajaan termasuklah Bank Islam hari ini yang telah berjaya dipulihkan dan mencatatkan keuntungan paling tinggi dalam Sejarah.. apakah Bank Islam dah menutup operasinya walaupun satu ketika dipindahkan dibawah pengurusan danaharta..



hari ini yg buat keputusan Aset Tabung Haji diletakkan dan dipindahkan dibawah UJSB adalah orang yg bertanggung jawab memulihkan Bank Islam..Bekas CEO Tabung Haji dan Bank Islam sendiri datuk Seri Zukri Samat..

Masa depa pulihkan Bank Islam dulu pun, Depa buat penjenamaan semula.. depa Struktur Syarikat..Struktur pengurusan.. tukar port folio..Tukar Logo.. bukan depa tutup Bank Islam..Sama lah dengan Hotel Tabung Haji.. depa tukar pengurusan, Depa tukar nama kepada Raia Hotel, hotel tu tetap patuh Syariah..

aku sendiri rasa Nama Hotel itu kena tukar.. sebab aku sendiri pergi Pulau Pinang.. tak pernah tidur hotel Tabung Haji..Sebab aku rasa dah mcm hostel dan tempat kursus Haji..Felda sendiri pun jenamakan minyak masak dia sebagai Saji.. bukan Minyak masak FELDA.. Pekerja Hotel 90% darinya dikekalkan..

Ada orang tanya, kenapa tak kekalkan dibawah Pengurusan Tabung Haji.. Kalau kekal memang boleh, Tapi setiap tahun dari operasi 4 Hotel sahaja, kerugian RM 52 juta setahun.. Setiap kerugian ini akan ditanggung dan jadi liabiliti Tabung Haji..bila operasi Hotel Rugi.. Untung tabung Haji akan terjejas.. ia akan menyebabkan Pembayaran Hibah atau Dividen kepada pendeposit Rendah..

Jadi pengurusan dan aset perlu dia asingkan.. kalau kata tabung Haji nak struktur atau naik taraf Hotel..Suntikan modal itu sendiri akan jejaskan kewangan tabung Haji..

Kalau jenis susah nak faham.. Ia lebih kurang kena Kuarantin dibawah Kementerian kewangan sepertimana pesakit Corona Virus yg dikuarantin di Hospital Sungai Buluh.. Masalah Hotel Tabung Haji ni sama seperti nasib Hotel anak Syarikat kerajaan negeri Terengganu Hotel Paya Bunga dan Marina Resort yang rugi sebelum ini dan diberi suntikan Modal untuk pulih..

bezanya Kerajaan negeri Terengganu tidak seperti Tabung Haji..Sebab depa tak bertanggung jawab untuk membayar dividen atau Hibah pada Pendeposit.. hakikatnya Syarikat Terengganu juga banyak menutup operasi GLC dia sendiri..

Patutnya kita bukan kena kecam Tabung Haji..Tapi Kita kena kecam Kementerian kewangan..sebab apa? Sebab dia Bailout aset Hotel Tabung Haji sebanyak RM 19 Billion.. sebagai contoh.. nilai buku atau nilai pasaran Hotel di Pulau Pinang hanya RM 59 Juta.. Tapi dicagarkan Tabung Haji kepada UJSB dengn nilai RM 89 Juta.. maksudnya hampir 30% lebih tinggi dari harga dan nilai pasaran..

Kalau kita cagarkan barang kemas kita di Pajak Gadai Ar Rahnu pun..paling tinggi kita boleh dapatkan modal sekitar margin 70%.. tetapi UJSB sanggup berikan nilaian 130%.. maksudnya 30% lebih tinggi dari nilai pasaran...

kalau kata Tabung Haji taknak tebuspun aset ini.. Tabung Haji dah untung.. Dalam perjanjian penerbitan Hutang atau Sukuk.. Tabung Haji ada option tebus Saham, atau aset sepertimana kita kita cagarkan emas di pajak gadai Ar-Rahnu..

Kalau bani PAS tu Jahil dalam ekonomi.. kita faham lah.. Chegu Bard jangan letak kan maruah diri tu rendah sangat sebab termakan budi sesiapa pun.. tak kira lah kalau orang tuduh sapa pun... Rosmah ker..Azmin ker.. Jangan cuba jadikan isu Tabung Haji sebagai alat sentimen kaum dan Agama.. bagi PAS kita faham lah depa tu terdesak mainkan sentimen kaum dan Agama.. :)

Ipohmali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...