Wednesday, June 30, 2021

VAKSIN : KEGAGALAN KHAIRY JAMALUDDIN..VAKSIN ASTRA ZENECA SEPATUT DITUMPU KEPADA WARGA TUA..

 


VAKSIN : KEGAGALAN KHAIRY JAMALUDDIN..VAKSIN ASTRA ZENECA SEPATUT DITUMPU KEPADA WARGA TUA.. 

1- Bukan hanya Selangor, Tetapi Sabah juga mendakwa mereka kehabisan bekalan Vaksin, Jika data stok, Simpanan Vaksin pun mereka berbohong..Bagaimana dengan jumlah sebenarnya mereka yang sudah Di Vaksin.. Jangan pula dimanipulasi seperti data saringan Covid-19..


2- Kita dok harapkan Khairy lah pemimpin paling Bijak dari PN dari cara dia bercakap.. Malangnya pengurusan dan Strategi vaksin bagi aku gagal.. Ramai dikalangan orang muda terlebih dahulu di Vaksin, Malah Vaksin Astra Zeneca yg mengikut kajian lebih sesuai untuk orang tua, Direbut oleh orang Muda..Sepatutnya lebih 1 Juta Vaksin Astra Zeneca diagihkan kepada orang Tua, Mereka boleh Walk in terus ke Pusat Vaksin untuk dapatkan suntikan Astra Zeneca.. 


3- Mengikut Kajian Pakar Strategi WHO dalam hal Imunisasi, dalam kenyataan mereka Febuari lalu " kemungkinan vaksin itu juga terbukti berkesan kepada orang tua(65 keatas). Data percubaan menunjukkan vaksin selamat untuk golongan usia berkenaan".


4- Malangnya aku tengok, Ramai orang muda berebutkan Vaksin Astra Zeneca kerana dia dibuka untuk tempahan secara online, Ramai orang muda berbangga bangga berjaya dapatkan Vaksin selepas Aidilfitri setelah diancam ketakutan kematan yang tinggi, Maka berebut orang dapatkan Vaksin..Sedangkan ramai dari kalangan Ayah dan Ibu mereka masih belum di Vaksin.. 


5- Sebabkan Strategi yang salah inilah sebabkan Kes kematian Masih Tinggi..Orang muda yang punya Imun dan tahap kesihatan yg baik, Akhirnya menjangkiti ayah ayah mereka dan akhirnya tesebar ke Surau dan masjid, dan cetuskan Kluster dan Kematian... Jelas ada bukti mereka yang sudah divaksin dua kali jadi pencetus Kluster.. 


6- Khairy Jamaluddin bukan mementing Strategi..Tetapi gaya, Bina pusat Vaksinasi besar besaran, tapi bekalan Vaksin tak mencukupi..lepas tu salahkan negara EU membolot Vaksin..Akhirnya Kos pengurusan, Logistik lebih tinggi dari Kos Vaksin.. Dan mereka yang di ICU dan Kritikal kalangan orang Tua Bertambah kerana strategi yg Salah..


7- Apa yang Khairy Jamaluddin lakukan dalam Program vaksin ni sama seperti Jobs fair zaman dia jadi ketua Pemuda BN dan UMNO.. Dia lebih suka buat Fair besar besaran, habiskan Peruntukan untuk pameran sedangkan peluang Kerjanya takda.. sama seperti vaksin..hanya gah buat Tempat Vaksinasi gaya seperti negara Kaya....  


8- Kalau sebijak Khairy pun gagal Memahami keutamaan dalam Vaksinasi.. Tak tahu nak kata apa lah..Tak hairan lah dari hat Muda dan Tua dalam Kerajaan PN ini gagal..Inilah Kerajaan gagal..! 


Ipohmali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...