Friday, October 1, 2021

NAJIB HANTAM PM8 DALAM ISU RENOVATE SERI PERDANA RM30JUTA..!


 BAWA KELUAR PERABOT SERI PERDANA – INI JAWAPAN NAJIB KEPADA MAHIADDIN

La… tak sanggup percaya bahawa saya dijadikan alasan PM8 untuk meluluskan projek ubahsuai dan NAIK TARAF kediaman Seri Perdana.

Ceritanya begini.

Selepas kalah PRU14, saya dan keluarga saya diberikan masa beberapa jam sahaja untuk meninggalkan Seri Perdana sebab PM7 percaya bahawa ada banyak rahsia tersimpan di sana.

Tapi surat saya tidak dibalas.

Pada bulan Ogos 2019 (seperti lampiran), saya sekali lagi ulang surat untuk permintaan yang sama.

Setelah 14 bulan kemudian pada 21 Oktober 2020, Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru membalas dan menyatakan mereka bersetuju dengan syarat hanya senarai barang-barang termasuk perabot yang dapat dibuktikan adalah dibeli oleh saya dan bukan aset kerajaan dibenarkan.

Senarai tersebut diperiksa dan diluluskan JPM.

Sehubung dengan itu, JPM pun menulis satu lagi surat pada 18 Nov 2020 (tengok lampiran) kepada saya untuk suruh saya angkat balik barang-barang peribadi saya SEPERTI DALAM SENARAI MUKTAMAD. Diberi tempoh masa 2 minggu kepada pihak saya untuk selesaikan pemindahan sebelum 3 Disember 2020.

(Projek naik taraf difahamkan telah diluluskan bulan Januari 2021 dan kerja fizikal naik taraf bermula bulan Mac 2021)

Masa itu, staff saya pelik kenapa tiba-tiba kita disuruh untuk ambil balik barang-barang tersebut dengan begitu laju.

Rupa-rupanya seorang pengurus baharu Seri Perdana telah dilantik (yang kami diberitahu merupakan saudara PM8) dan mereka memberitahu kita bahawa PM8 ada rancangan untuk menaik taraf Seri Perdana sebab dia mahu pindah ke sana.

(Antara cadangan mereka ialah untuk memperluaskan bahagian dapur sebab mereka kata ruang dapur sedia ada terlalu kecil)

Itulah cerita sebenarnya.

Kita hanya dibenarkan untuk keluarkan barang-barangan dari senarai muktamad diluluskan dan diberi JPM. Bukan ikut suka hati kita.

Hanya mereka yang tertipu dengan manifesto bukan kitab PH (ya, ditulis oleh ketua penerangan PPBM) sahaja yang akan percaya bahawa saya mengambil balik barang peribadi, perabot dibeli sendiri yang sudah lama serta hadiah diberi kepada saya memaksa kerajaan PM8 untuk luluskan ubah suai serta naik taraf kediaman Seri Perdana dengan jumlah RM38.5 juta oleh seorang yang kononnya tiada niat untuk tinggal di sana.

Habis tu, nak belanja RM38.5 juta untuk apa? Untuk dibiarkan kosong tanpa sesiapa mahu duduk di sana?

Jangan gunakan saya sebagai alasan sekiranya ianya niat kamu untuk belanja RM38.5 juta untuk kediaman pada ketika sendiri beritahu Rakyat bahawa kerajaan tak ada banyak wang lagi untuk bantu Rakyat.

Lagipun, perabot-perabot lama dibeli saya yang JPM arahkan untuk kami keluarkan dari Seri Perdana masih simpan di warehouse sebab saya masih berpuas hati dengan perabot saya di rumah saya.

Tak digunakan langsung.

Jika kerajaan ada niat, saya setuju untuk berikan secara percuma kepada kerajaan.

Hanya perlu berhubung dengan pegawai saya dan datang warehouse untuk pilih.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Wr, Wb, Saya Atas Nama Pak Ikbal Saya Mengucapkan Banyak2
    Terima Kasih Kepada AKI SOLEH
    Atas Nomor Togelnya Yang Kemarin AKI Berikan Singapura 4D (2652)
    Alhamdulillah Ternyata Itu Benar2 Tembus AKI
    Dan Berkat Bantuan AKI SOLEH Saya Bisa Melunasi Semua Hutan2 Saya Yang Ada Di BANK BRI Dan Bukan Hanya Itu AKI Alhamdulillah,
    Sekarang Saya Sudah Bisa Bermodal Sedikit Untuk Mencukupi Kebutuhan Keluarga Saya Sehari2
    Itu Semua Berkat Bantuan AKI SOLEH Sekali Lagi Makasih Banyak Ya, AKI
    Yang Ingin Merubah Nasib
    Seperti Saya.!!
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah Anda Termasuk Dalam Kategori Di Bawah Ini.!!
    1: Di Kejar2 Tagihan Hutang
    2: Selaluh Kalah Dalam Bermain Togel
    3: Barang Berharga Sudah
    Terjual Buat Judi Togel
    4: Sudah Kemana2 Tapi Tidak
    Menghasilkan, Solusi Yang Tepat.!!
    5: Sudah Banyak Dukun Di Tempati Minta Angka Ritual Belum Dapat Juga,
    satu Jalan Menyelesaikan Masalah Anda.!!
    Dijamin Anda Akan Berhasil
    Silahkan Buktikan Sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " >>>>>>>>>KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL<<<<<<<<< "

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...