Sunday, October 10, 2021

ORANG MELAYU DIKELIRUKAN OLEH PAS ATAS ISU PERKAUMAN DAN AGAMA.


 ORANG MELAYU DIKELIRUKAN OLEH PAS ATAS ISU PERKAUMAN DAN AGAMA.
NAK SEKOLAHKAN WALAUN'S JAP.

Politik Malaysia dikelirukan dengan isu perkauman dan agama yang dimainkan oleh pas melalui wallaun PAS di seluruh Semenanjung.

Kita kena cerdik dan faham politik di Malaysia supaya tidak mudah tertipu dengan putar belit pas dan umno kononnya melayu akan tumbang dan diperintah oleh Cina DAP. 

Ramai orang melayu di luar bandar khususnya dan malah segelintir kakitangan kerajaan telah terpengaruh dengan hasutan PAS tanpa membuat kajian secara terperinci. 

Berikut saya lontarkan untuk anda fikirkan secara ilmiah dan bukannya berpandukan kepada alasan di luar kotak:

1) Di Malaysia kita mempunyai kerusi Parlimen sebanyak 222 iaitu:

 a) Semenanjung dan WP Labuan sebanyak 166 kerusi

b) Sabah 25 kerusi

c) Sarawak 31 kerusi

2) Jumlah kerusi Parlimen sekarang mengikut kaum/islam. Sila buka google dan semak senarai ahli Parlimen sekarang dalam senarai ahli parlimen dan keputusan PRU yang rasmi oleh SPR:

a) Jumlah kerusi Melayu/Bumiputra islam seramai 140 orang 

b)Jumlah kerusi Cina/India seramai 69 orang di seluruh semenanjung dan Sabah/Sarawak

c) Jumlah kerusi bumiputra bukan Islam (BBI) di Sabah/Sarawak seramai 13 orang

* jumlah kerusi bukan Melayu/Islam dan BBI 69+13 = 82 orang*

3) Untuk membentuk kerajaan di pusat mesti dapat majoriti mudah 112 kerusi dan untuk majoriti dua pertiga sebanyak 148 kerusi

Kita andaikan semua MP bukan melayu/islam bersama BBI baru dapat 82 kerusi sahaja dan gagal untuk membentuk kerajaan. 

Mereka memerlukan sokong MP melayu seramai 30 orang lagi. 
Pertanyaan saya jika MP bukan melayu/islam dan BBI bergabung apakah MP melayu/islam tidak mahu bergabung? 

4) Kita ketepikan dulu isu perkauman/agama kerana rakyat Malaysia mesti bersatu padu dan menghormati perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara untuk menjamin keharmonian kaum

5) Kenapa PAS dan UMNO suka mainkan isu perkauman dan kaum? Apakah kita mahu Malaysia berpecah seperti mana berlaku di Yugoslavia sehingga melahirkan beberapa buah negara kecil angkara perkauman dan agama

6) Berbalik politik di Malaysia jelas dan nyata bahawa dalam setiap kali PRU maka pertandingan berikut akan berlaku:

a) Di Semenanjung kawasan bukan melayu biasanya dap akan lawan ( BN) yang diwakili oleh MCA/GERAKAN/MIC
begitu juga beberapa buah kerusi pkr (bukan melayu) juga akan melawan MCA/GERAKAN/MIC

b) Satu ketika dalam PRU MCA bertanding sebanyak 37 kerusi, GERAKAN bertanding 11 kerusi dan MIC 9 kerusi ( jumlah calon BN bukan melayu seramai 57 kerusi) sila rujuk dalam google dan bukannya kita berhujah secara membabi buta tanpa kajian ilmiah

c) Sifir mudah jika MCA/GERAKAN/MIC tewas maka DAP/PKR (bukan melayu) 
yang menang dan begitulah sebaliknya. 

d) Apabila dap menang sebanyak 42 kerusi iaitu termasuk dua orang adalah MP melayu islam dalam pru14. Maka kemenangan DAP sebanyak 42 kerusi (termasuk beberapa buah kerusi parlimen di Sabah/Sarawak maka geger gugutlah puak-puak PAS dan UMNO canang melayu hilang kerusi sedangkan yang tewas adalah MCA cuma menang 2 kerusi sahaja dan mic menang satu kerusi. GERAKAN pula kalah teruk tidak menang satu kerusi pun. Ini bermakna kerusi bukan melayu/islam (BN: MCA/GERAKAN/MIC) yang tewas telah beralih kepada DAP dan PKR (bukan melayu).

Disebaliknya PAS dan UMNO telah kelirukan orang melayu
 kononnya dap kafir harbi berkuasa dalam Pakatan Harapan (PH) sedangkan sebelum ini PAS pernah bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan Perak.

 Ketika itu PAS juga yang telah memuji DAP di seluruh Malaysia. Apabila PAS berpisah dan bercerai maka dap dilabelkan sebagai
 kafir harbi dan MCA adalah kafir zimmi yang perlu disokong. 

"Inilah permainan PAS yang terkenal sebagai parti menjual agama dan suka berdolak-dalih" sejak menyertai pru 1959 sehingga sekarang. Mengikut rekod PAS hanya pernah menang sebanyak 27 kerusi dalam pru1999 dibawah pimpinan arwah Ust Fadhil Nor ketika bersama PKR (keadilan) 
atas nama Barisan Altenatif (BA) 

Dalam pru14 PAS yang bertanding sebanyak 158 kerusi cuma menang 18 kerusi telah membentuk kerajaan pintu belakang apabila bersama MP pengkhianat. Dari 18 orang MP maka PAS telah diberi jawatan 3 orang Menteri dan 5 orang Timbalan Menteri. 

7) Bagi kerusi Melayu/Islam di Semenanjung adalah pertandingan antara PH (melayu islam) melawan dengan PAS dan UMNO. Oleh itu mana-mana kerusi Melayu/Islam yang diwakili oleh pas/umno kalah dalam PRU14 maka PH (MP Melayu/Islam dari PKR /AMANAH dan PPBM) 
yang menang dan disebalik PAS/UMNO yang tewas
Tetapi propaganda UMNO dan PAS kononnya apabila UMNO tewas maka Cina DAP yang menang walhal yang kalah teruk ialah BN yang diwakili oleh MCA/GERAKAN/MIC disembunyikan

8) Kerusi melayu/islam di Sarawak diwakili oleh PBB yang bergabung dalam GPS bersama parti BBI. Manakala di Sabah umno juga mempunyai wakil melayu/islam dan dua orang MP UMNO adalah BBI

9) Kepada orang Melayu Islam khususnya di semenanjung hendaklah berfikiran terbuka dan jangan terlalu jumud dengan dakyah PAS. Tolonglah memahami dan pelajari sains politik di negara-negara lain di dunia ini agar kita tidak mudah diperdayakan oleh PAS. Ambillah peluang membaca struktur parti/kedudukan geopolitik di Malaysia. 

Rumusan bahawa saya yakin jika anda mengambil masa mengkaji jabatan perangkaan negara, peranan dan kedudukan parlimen di Malaysia dalam google sudah pasti isu yang dimainkan oleh pas itu banyak yang mengelirukan fikiran kita dan menyebabkan suasana politik kita tidak matang dan tertutup dengan isu agama dan perkauman yang boleh melemahkan keharmonian kaum di Malaysia.

2 comments:

  1. Haramkan terus parti penunggang agama Dan kaum. Mereka ni memang bangsat
    Sebangsat bangsat manusia
    Depan cakap lain depan cakap lain
    Memang pukimak punya manusia

    ReplyDelete
  2. Pas lah sebenarnya parti makhlok perosak agama...🤣🤣

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...