Friday, December 10, 2021

PERBEZAAN HUJAH PIMPINAN PAS DALAM PARLIMEN ERA UST FADHIL NOOR DENGAN ZAMAN SEKARANG!


 Almarhum Ust Fadzil Noor pernah berhujah dalam parlimen suatu ketika dahulu membawakan kisah seorang Gabenor di zaman Umaiyah yang terkenal dengan kezaliman, iaitu Hajjaj bin Yusuf Atthaqafi.


Hajjaj adalah antara pemimpin yang banyak berjasa kepada umat Islam. Antaranya memperkenalkan tanda dan huruf pada tulisan Arab yang memudahkan umat bukan Arab untuk membaca Al-Quran atau Hadith. Bahkan jasanya dirasai sehingga kini.

Namun walau sebesar manapun jasa seorang pemimpin, Islam tidak pernah mengajar umatnya berkompromi dengan apa jua bentuk kezaliman.

Suatu ketika, Hajjaj memerlukan seorang tukang jahit untuk menjahit kembali jubahnya yang koyak. Maka diarahkan pembantunya mencari seorang tukang jahit, namun hampa kerana tiada seorang pun mereka yang sudi menjahit jubah milik Hajjaj disebabkan kebencian mereka ketika itu atas kezaliman dilakukan Hajjaj.

Sehinggalah hari telah lewat petang, pembantu Hajjaj bertemu seorang tukang jahit yang sanggup menjahitnya namun diminta untuk mengambil jubah tersebut hanya pada keesokan harinya.

Pada sebelah malamnya, tukang jahit tersebut pergi bertemu dengan seorang ulama' yang terkenal ketika itu iaitu Sufyan Atthawri, bagi meminta pandangannya tentang tindakan beliau menerima upah menjahit jubah Hajjaj tersebut.

Atthawri menjawab, tindakan menjahit jubah Hajjaj bukan sahaja seolah membantu kezaliman bahkan beliau juga dianggap seorang yang zalim sama seperti Hajjaj!

Itu kisah Hajjaj, seorang yang besar jasa kepada umat Islam bahkan sehingga kini. Setakat jasa seorang Najib yang konon banyak memberi bantuan itu ini kepada rakyat, apalah sangat. Bagi bantuan pun bukannya duit sendiri, tapi duit rakyat juga bukan?

Demikianlah hujah yang pernah dibawa oleh pemimpin PAS era UFN di parlimen. Pemimpin PAS hari ini?

Moga ALlah rahmati roh Almarhum Ust Fadzil Noor.

Muhamad Fadzil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...