Friday, December 10, 2021

JIKA PAS IKHLAS AJAK AMANAH NAK BERMUAFAKAT KENAPA PERLU BERSYARAT..?


 JIKA IKHLAS NAK BERMUAFAKAT KENAPA PERLU BERSYARAT..

🔴 SYARAT PAS LETAKKAN IALAH AMANAH KENA TINGGALKAN PH dan DAP

Jika dilihat syarat ini ia bukan kearah nak bagi jadi tapi sekadar ajak2 ayam untuk mendapat mendapat habuan yg lebih besaq...

kita unduq sat cerita apa itu MUAFAKAT NASIONAL.. ia merupakan gabungan antara UMNO dan PAS... gabungan ini menjual modal gabungan antara MELAYU ISLAM terbesaq dalam negara... nanun bilamana disebut besaq kenapa tak ajak yg parti yg lain sama spt AMANAH, BERSATU, PEJUANG....

Semua dunia tahu skrg gabungan MN sdg dilanda gelora dimana PAS telah pergi BERKAHWIN dengan janda UMNO..iaitu BERSATU..dan buat PN... dan telah cuba bawa BERSATU balik MN... namun UMNO menolak sbb meluat tengok muka BERSATU...

Lalu PAS cuba pujuk UMNO kata demi perpaduan melayu islam.. namun UMNO tetap menolak kerana bagi mereka pengkhianat tetap pengkhianat... dgn berhujah sama spt PAS dimana menolak bekerjasama dgn AMANAH... 

Dari situlah timbulnya kenyataan ini dimana PAS pon boleh terima AMANAH... tapi... ada tapi nya iaitu AMANAH kena tinggalkan DAP dan PH...

Ini dikatakan apakah ada keikhlasan dalam ajakan dan jemputan dan penerimaan AMANAH itu dari PAS... kenapa perlu bersyarat sdgkan kerjasama dgn UMNO tak ada syarat.. dimana UMNO masih boleh bersama dalam BN masih boleh bersama MIC dan MCA... 

Ini yg dikatakan jika DAP itu celaka.. MIC MCA tu tak celakakah.. DAP dikatakan tolak HUKUM ISLAM.. MIC MCA tu tak tolak HUKUM ISLAM kah... ini yg dipersoalkan... 

Jadi apa yg PAS mahukan sebenarnya.. dia buat apa boleh.. kawan dengag siapa pon boleh tapi bila org lain diajak bersama kena buat syarat itu syarat ini... maka kerjasama dalam muafakat yg diajak ini dilihat masih ada agenda disebaliknya...

Jika ikhlas tak perlu bersyarat.. bilamana UMNO boleh dalam MN tapi boleh lagi bersama dlm BN yg mana ada MCA MIC... jadi biarlah AMANAH bersama PH yg mana dalam dia ada PKR DAP.. seperti mana PAS dalam PN bersama BERSATU GERAKAN..

Bilamana ada keikhlasan dalam hati utk buat KERJASAMA barulah ganungan itu mendapat keberkatan dan lorongan utk mendapat kejayaan...

Dengan ini bilamana hendak lakukan sesuatu maka nawaitu dalam hati itu yg penting kita tetapkan...

TGMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...