Sunday, December 19, 2021

Mengapa Lembah Klang alami banjir luar biasa kali ini?


 Mengapa Lembah Klang alami banjir luar biasa kali ini? 

Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah dari UM cakap curahan hujan kali ini empat kali ganda lebih banyak daripada biasa akibat tekanan rendah di tengah Semenanjung. 

Tekanan rendah ini yang menjana hujan secara besar-besaran. Kalau ribut petir biasa, hujan lebat hanya beberapa jam. 

Hujan lebat bukan turun di Lembah Klang. Hujan besar-besaran turun di Banjaran Titiwangsa. 

Air hujan yang turun di Banjaran Titiwangsa inilah masuk ke sungai-sungai utama di Selangor. Kesannya, sebahagian besar sungai di paras bahaya.

Sungai Selangor yang mengalir dari Kuala Kubu Bharu di timur dan masuk ke Selat Melaka di Kuala Selangor di barat pun sudah paras bahaya. 

Lebih buruk, kawasan Klang berdepan air pasang besar. Tidaklah tinggi sangat tapi air dari darat tak dapat keluar. 

Fenomena banjir di Selangor bukan banjir kilat lagi tapi menyamai banjir besar melanda Pantai Timur tahun 2014. 

Prof Azizan juga cakap jumlah hujan terlalu lebat ini memang tidak mampu ditampung Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Lebuhraya SMART). Sungai yang dalam pun, air akan naik. Pecah tebing. 

Nota:

Lebuhraya SMART ini bukan calang-calang. Dengan panjang 9.7 km, ini terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

Kalau Prof Azizan cakap Lebuhraya SMART tak mampu tampung jumlah hujan kali ini, bayangkan impak tekanan rendah berserta curahan hujan empat kali ganda di kawasan Tulang Belakang Semenanjung - Banjaran Titiwangsa - sekarang ini.

Fakta: 

🔴 Pihak bomba di Selangor terima 1,600 panggilan kecemasan hanya dalam tempoh 24 jam. 

🔴 Paras air di 14 sungai di Selangor melebihi tahap bahaya setakat 10.15 malam tadi. 

🔴 Shah Alam, Klang dan Hulu Langat paling teruk terjejas dengan ada kawasan air naik ke paras bumbung. Ramai mangsa bah sejak malam tadi hingga pagi ini masih terperangkap. Banyak kawasan terputus hubungan. Jalan utama ditutup. 

🔴 Di KL, kawasan teruk terjejas: Kampung Baru, Kg Periuk, Kg Kolam Air, Kg Kassipilay, Lembah Pantai, Taman Hock Ann, Jalan Batu Bata. 

🔴 Curahan hujan dalam tempoh 24 jam ini bersamaan jumlah hujan untuk sebulan. 

🔴 Banyak kawasan di Selangor sebelum ini tidak pernah dinaiki air, pun tenggelam. 

🔴 Pihak bomba nasihatkan kepada mangsa banjir supaya tidak sekadar beri alamat rumah. Berkomunikasi dengan pihak penyelamat guna isyarat seperti suluhan lampu dari telefon bimbit. 

🔴 Pihak bomba nasihatkan jangan menyeberang air deras atau cuba untuk keluarkan kereta bagi mengelak terperangkap kerana kita tidak tahu halaju arus. 

🔴 Pihak bomba terpaksa mengutamakan warga emas, sakit kritikal, ibu hamil, baru bersalin, kanak-kanak. Elak dari menekan atau berkelahi dengan anggota penyelamat. 

🔴 Sementara menantikan bantuan, cuba selamatkan diri di tempat lebih tinggi. 

---
يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ

"Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah." 

Allahumma aamiin 🤲🏻

#DoaBuatMalaysia 
#DoaBuatSelangor 🤲🏻

ARIF ATAN

Ini huraian lengkap Prof Azizan:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...