Monday, December 20, 2021

SUKAN NEGARA MAKIN MEMBUSUK.. BUKTI NYATA DEPAN MATA!


 JALAN KEJAYAAN YANG SEMAKIN... MENJAUH

Pecatlah Tan Cheng Hoe, silakan.

Tapi siapa pun jurulatih yang datang, bertaraf profesor, dari Korea atau Jepun sekali pun, sekiranya yang masih memegang serta mengurus liga dan persatuan bola kita masih lagi orang yang sama, maka natijah keputusannya tetap sama.

Masalah utama kita bukan sangat tentang visi jurulatih, tetapi tangan-tangan ghaib yang cuba menunjuk bahawa dialah yang paling pandai dan penentu segalanya tentang bola negara.

Masalah bola kita - dan sukan Malaysia secara umumnya - adalah tentang soal profesionalisme. Tatakelola pentadbiran juga pengurusan, politik dan kroni di mana-mana.

Salahguna kuasa sehingga ke peringkat paling busuk, sehingga atlet kita gagal mencapai tahap yang sepatutnya.

Jika tidak, masakan tatkala tiada dalam sejarah mana-mana legenda badminton negara menang kejuaraan dunia, seorang anak Pulau Pinang boleh jadi johan, selepas tukar warganegara.

Di mana silapnya? Silapnya pada organisasi, sistem dan institusi yang sekian lama sudah terlalu serasi dengan mengaut keuntungan, daripada sumber yang mengenyangkan. Menjadikan persatuan sukan sebagai platform mendaki hirarki politik peringkat lebih tinggi. 

Sedangkan para pendukung sejati sukan tempatan, sejak sekian lama setia menyokong, dengan tangisan yang semakin kering.

Selamat malam Harimau Malaya, selamat segalanya buat semua mangsa banjir yang masih mengesat air mata.

Sokong, waktu gagah dan rebah.

#RetroBolaSepak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...