Monday, December 20, 2021

RAKYAT INGIN MELIHAT PERTOLONGAN BESAR-BESARAN DIGERAKKAN OLEH KERAJAAN!


 RAKYAT INGIN MELIHAT PERTOLONGAN BESAR-BESARAN DIGERAKKAN OLEH KERAJAAN.

1. Saya fikir, majoriti rakyat marhaen sama seperti saya. Apabila bencana dahsyat menimpa, kami ingin melihat asset negara digerakkan dan dipertontonkan kepada rakyat jelata. 

2. Helicopter tentera, polis, bomba dan segalanya dipertontonkan kepada kami bagaimana mereka sibuk terbang ke sana ke sini. 

3. Kami juga ingin melihat bagaimana segala jenis bot penyelamat meredah banjir dan menyelamatkan satu persatu mangsa banjir.

4. Kami juga ingin melihat segala trak tentera, polis etc juga sibuk merempuh banjir.

5. Tapi, saya gagal melihat apa yg saya inginkan. 2 hari saya mencari berita seperti ini dalam media tetapi hampa, kerana tidak ketemu. Jika ada pun, hanya berita kecil dan kelihatan terpinggir.

6. Apakah media melakukan sabotage, menyembunyikan berita & gambar yg ingin saya lihat?

7. Apakah semua jentera penyelamat bersifat tawaduk sehingga menyembunyikan kesibukan mereka menyelamatkan mangsa?

8. Apakah semua jentera & assets negara juga menjadi mangsa banjir?

9. Saya percaya ramai di kalangan rakyat ingin melihat pertolongan pada skala besar dibuat seberapa segera dan dibuat liputan besar-besaran. 

10. Rakyat jelata akan lebih rasa selamat jika mereka melihat bagaimana pertolongan pada skala besar digerakkan oleh kerajaan dan dipertontonkan secara meluas dan besar-besaran.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
20/12/21

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...