Sunday, March 13, 2022

HARAPAN TERBUKA BAHAGIAN I - Berhentilah bergantung pada TUNM dan ANWAR..


 HARAPAN TERBUKA BAHAGIAN I

Tuan-tuan dan Puan-puan rakan-rakan dalam Pejuang.

Untuk PRU15 akan datang Tun M bukan lagi sandaran. Masa Tun sudah berlalu. Biarlah Tun berehat walau pun Tun berhajat untuk terus berkhidmat hingga akhir hayat. Ada masa kita perlu tahu kesiankan pada orang lain yang kita jadikan tempat bergantung harap. 

Tun sudah buat semampu beliau untuk negara sebelum dan selepas PRU14. Cukup-cukuplah bergantung dan bergayut pada kekuatan Tun yang sudah hampir sampai ke penghujung. Bukan membuang Tun tetapi menghargai Tun dengan berikan keyakinan kepada Tun bahawa anda semua sudah bersedia berbekalkan segala didikan Tun.

Seperti kita dalam keluarga. Dari kecil bergantung pada Ayah. Apabila ayah sudah uzur, jangan kita berterusan bergayut pada ayah, gunakan kudrat kita dengan segala panduan dan nasihat ayah. Ayah akan lebih bahagia melihat anak-anak sudah bersedia daripada terus bergantung pada Ayah.

Sekarang perlu bersedia untuk ke hadapan tanpa Tun. Gunakan segala nasihat dan tunjuk ajar yang Tun berikan untuk ke hadapan. Jika tuan-tuan yakin dengan prinsip tegas Tun, yakinlah dan bawalah prinsip itu bersama ke hadapan walau pun Tun tiada.

Lupakanlah sengketa lama.

Sudara sudari rakan-rakan dalam KeADILan.

Percayalah, rakan-rakan lain juga mahukan apa yang anda semua mahukan. Anda mahukan Malaysia yang bersih dan berintegriti aman makmur untuk semua kaum, rakan-rakan lain juga begitu.

Anwar, Presiden KeADILan tidak dinafikan hebat, berwibawa, berkorban maruah, masa tenaga untuk negara tetapi percayalah bahawa jawatan PM itu bukan hak peribadi Anwar.

Jika bukan Anwar sebagai PM, Malaysia di bawah kita tetap akan berbeza dari UMNO/BN. Jangan merasa hanya Anwar sahaja yang layak kerana ego dan taksub itu akan memecahkan kita dan memakan diri.

Sejarah Islam membuktikannya. Apabila ada sebilangan muslimin yang hanya mengiktiraf Ali sebagai pengganti Nabi selepas kewafatan Baginda, Islam yang suci berpecah musnah. Beeperang berbunuhan sesama saudara.

Percayalah, yakinlah, ada yang mampu selain Anwar. Ketepikan ego. Buktikan perjuangan yang dibawa betul-betul untuk negara dan warga bukan susuk tubuh tertentu.

Kita bersama untuk Malaysia. 
Malaysia bukan milik mana-mana orang tertentu. Malaysia milik kita semua. Jangan disebabkan ego kita, kira biarkan negara dihancurkan penyamun Umno yang seluruh dunia tahu siapa.

Rakyat bukan mahukan Umno/BN tetapi rakyat mahu sebuah pasukan yang bersatu dan kukuh. Selisih faham adalah lumrah tetapi cubalah sembunyi dalam kelambu kita jangan sampai anak-anak tahu.

Tak faham lagi tak tahu la.

Zulhazmi Shariff

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...