Sunday, May 1, 2022

MARC VALES : PEMBELIAN IMPORT ATAS REPUTASI , TAKTIKAL ATAU TANGKAP MUAT?


 MARC VALES : PEMBELIAN IMPORT ATAS REPUTASI , TAKTIKAL ATAU TANGKAP MUAT?

Liga Super dah masuk ke perlawanan yang ke 6 didapati keputusan yang pasukan KDAFC capai tidaklah begitu memberangsangkan walaupun kedudukan carta liga kita berada di pasukan kelompok atas. 

Tahun ni kita dapat saksikan banyak perkara berlaku bagi pasukan KDAFC antaranya salah satunya ialah isu pertahanan pasukan yang dilihat agak kurang baik dimana pasukan KDAFC telah mencatatkan jumlah bolos yang agak tinggi bagi 2 perlawanan sahaja.

Isu pertahanan & midfield bertahan pasukan bukan untuk tahun ini saja jadi masalah musim sebelum ini pun perkara ini masih berulang. Musim ni difahamkan pasukan KDAFC telah membuat perubahan drastik banyak pemain-pemain baru telah masuk dan sudah pastinya pemain import semua bertukar baru.

Musim ini pasukan KDAFC membuat pembelian import yang boleh dikatakan gah pada nama serta reputasi namun perkara sebaliknya berlaku. Bagi pembelian Marc Vales sudah pastinya menjadi perhatian ramai atas reputasinya sebagai pemain kebangsaan Andorra yang bermain di posisi pertahanan tengah serta midfielder bertahan.

Namun ada beberapa isu yang dapat kita lihat ke atas pemain ini antaranya ialah kenapa pengurusan mengambil pemain ini? Atas reputasinya atau atas alasan taktikal? 

Kenapa dijadikan isu? Antara sebabnya ialah sebelum pemain ini diumumkan pasukan KDAFC telah pun menandatangani semula Rodney Calvin dan Jang Suk Won yang merupakan pemain pertahanan tengah. Namun selepas itu Marc Vales diumumkan untuk menyertai pasukan KDAFC musim ini juga merupakan pemain pertahanan tengah. 

Ketika itu sudah ramai penyokong serta pemerhati melihat bahawa mungkin pengendali pasukan KDAFC ingin menggunakan sistem pertahanan bertiga dalam taktikal beliau musim ini. Namun selepas beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum bermulanya liga pasukan tidak pun menggunakan sistem pertahanan bertiga hanya Jang dan Rodney banyak bermain sebagai pemain pertahanan tengah hinggalah perlawan rasmi liga super berlangsung. Marc Vales sebelum bermula liga telah terlepas beberapa siri perlawanan persahabatan ekoran masalah kecederaan.

Jika dilihat dalam rekod kelab beliau sertai sebelum ni Marc Vales jarang digunakan sebagai pemain Defensive Midfielder sebaliknya beliau sentiasa beraksi sebagai pertahanan tengah. Dalam pada itu, beberapa perlawanan disaksikan pasukan banyak menggunakan beliau sebagai pertahanan sisi dan dilihat posisi itu kurang efisien untuk beliau dan pasukan lawan sering lolos di kawasan Marc Vales berada. 

Dalam hal ini, adakah pengendali pasukan telah melakukan perubahan menggunakan beliau sebagai Right Back sedangkan itu bukan posisi kegemaran beliau? Tiada lagikah pemain pertahanan sisi tempatan yang lain selain Amirul Azhan yang cedera? Atau pasukan hanya menggunakan sesiapa saja yang ada dan pemain import perlu beraksi walaupun bukan posisi kegemarannya bagi mengelakkan kerugian pembelian import tersebut? Kita dapat saksikan beliau seakan kurang selesa beraksi di posisi pertahanan sisi.

Dalam hal ini, wujudlah beberapa persoalan adakah Marc Vales perlu dipersalahkan 100 peratus? Adakah beliau hanya gah atas reputasinya sebagai pemain kebangsaan Andorra? Apa yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan pasukan tentang masalah ini? Diharapkan pengendali pasukan KDAFC dapatlah membuat sesuatu terhadap isu Marc Vales ini bagi menghadapi baki perlawanan yang ada dalam saingan liga nanti bagi mendapatkan sesuatu yang positive untuk KDAFC.

P/S : banyak tahun dah pembelian import bagi pasukan banyak yang tak menjadi, tengah musim nanti tukar lain pulak. Itu tak cerita lagi pasal Dennis Buschening & Ronald Ngah. 😇

Azle Harun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...