Wednesday, May 4, 2022

NASIHAT UNTUK USTAQ YANG SEBUT 'PELAQ' DALAM KULIAH..!


 [Nasihat Saya Kepada Saudaraku Ustaz Husam]

Saya mendengar video terbaru Ustaz Husam tentang kononnya beliau difitnah. Beliau siap berdoa dan letakkan hadis tentang doa orang yang dizalimi.

Jika diamati dalam video awal beliau, sememangnya beliau tegaskan bahawa raya 3 Mei 2022 ikut ahli falak. Manakala raya 2 Mei 2022 ikut ahli pel*q.

Dalam video terbaru beliau kata beliau difitnah. Difitnah celah mana? Jika ada yang fitnah pun, siapa yang kata raya 2 Mei 2022 ikut ahli pel*q itulah yang fitnah bagi saya. Itu jelas fitnah kerana ahli falak dah kata raya sememangnya 2 Mei 2022 setelah cerapan dibuat.

VIDEO


Ustaz Husam juga kata beliau mengikut kenyataan pihak berwajib agama yang kata raya 3 Mei 2022. Saya mencari di mana kenyataan awal dari autoriti agama yang kata raya 3 Mei 2022. Saya tidak jumpa. Yang saya jumpa autoriti hanya minta orang awam tunggu pengumuman setelah cerapan anak bulan dilakukan. Barulah diketahui bila raya. (Lihat printscreen)

Sesiapa yang ada jumpa kenyataan rasmi autoriti agama kata raya pada 3 Mei 2022 boleh bagitahu saya.

Nasihat saya kepada saudaraku Ustaz Husam, bertakwalah kepada Allah. Bersihkan lidah daripada makian. Bersihkan jari anda daripada carutan. Kuliah anda dihadiri oleh anak kecil. Jangan biasakan mereka dengan perkataan dan isyarat kotor. 

Ya Allah, persaksikanlah sesungguhnya aku telah menyampaikan.

Dr Rozaimi Ramle

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...