Thursday, October 27, 2022

APABILA BN PN CUBA BODOHKAN MINDA RAKYAT BERKENAAN PH..ADA YANG PERCAYA!


 PEMBODOHAN 

Penat saya tengok propaganda berlegar di media sosial. Makin nak PRU makin galak. Menipu dan jajah minda rakyat jelata. 

Contoh2 yang ada: 

1. Tukar perlembagaan

“Hang undi la depa. Naik nanti depa tukar habis. Buang raja, buang agama Islam, habis hapus hak Bumiputera” 

Fakta: Nak buang Raja, buang Agama Islam dan hapus hak Bumiputera kena dapat persetujuan Raja2 Melayu. Itu disyaratkan dalam Perlembagaan. Takkanlah semua Sultan kita nak setuju buat lagu tu? 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

2. PHancing Manifesto 

“PHancing je 22 bulan, Manifesto pun tak tunai”

Fakta: 9 tahun BN memerintah sebelum PRU14, satu manifesto pun BN tak tunai habis. PRU13 punya manifesto tak sampai 50% tertunai. Tu depa dapat lengkap satu penggal. Ni tak sampai 2 tahun, depa kata kena hancing. Kalau 5 tahun tak boleh tunai, kita nak gelar apa pula? 

3. Tabung Harapan

“PH songlap duit Tabung Pakatan Harapan yang rakyat bagi. Tak tahu pergi mana”

Fakta: Kutipan Tabung Harapan diguna untuk bayar hutang 1MDB. Ini dikatakan oleh Menteri Kewangan sendiri yang dah masuk BN la ni. 

4. E-wallet RM30 

“PH bagi RM30 je pada rakyat. Apa punya sengkek”

Fakta: Sebab e-wallet ni la ramai dah start guna bayaran secara elektronik. Dan buka akaun touchngo/ Grab pay sendiri. 

Kena faham, RM30 tu tunjukkan Kerajaan tak
mewah nak memberi. Satunya, takde kutipan tinggi cukai judi. Zaman BN dan PN, cabutan judi sampai sampai 22 kali. Zaman PH hanya 8 kali. Berbilion kurang juga hasil cukai di situ. 

5. “PM 22 bulan suruh penjawat awam ikat perut”

Fakta: Walaupun PM nya cakap begitu, tapi tak pernah dalam 22 bulan tu, elaun sara hidup penjawat awam dipotong atau elaun lain dibeku. Tak seperti Kerajaan2 selepas itu. 

Yang paling tak boleh brain. Diratib Kerajaan 22 bulan. Tapi set2 ni bertahan 17 dan 15 bulan saja 😅 Sebab sesama pemimpin Melayu Islam bergaduh sakan. 

Ni set2 paku dulang paku serpih belaka. Jangan la cepat sangat percaya. 

#OhMalaysia #LawanPembodohan

Salam hormat,
Liyana Marzuki

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...