Saturday, October 29, 2022

3 TAHUN MEMERINTAH SATU APA TAK SELESAI


 RUU355 Hanya Selangkah Lagi?

Saya ada terbaca satu tulisan yang menyatakan bahawa RU355 tidak sempat dibentangkan kerana parlimen sudah bubar sedangkan RUU berkenaan sudah siap.

Lalu diceritakan bahawa pada 26 Ogos 2022, Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355. Draf RUU355 juga telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022. Cuma tinggal nak bentang saja dakwa tulisan itu.

Benarkah RUU ini hanya selangkah saja lagi? Atau ianya hanya alasan kerana sudah 3 tahun Pas dalam Kerajaan tapi masih gagalkan melaksanakan janji mereka?

Mari kita lihat proses bagaimana satu-satu RUU itu boleh mrnjadi undang-undang. 

1.. Menteri berkaitan merangka dasar.

2. Menteri menyediakan usul rang undang-undang dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan Perbendaharaan dan kementerian berkaitan.

3. Draf rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.

4. Draf dibawa ke Majlis Kebangsaan Bagi Agama Islam (MKI) untuk kelulusan.

5. Draf diangkat kepada Majlis Raja-Raja utk perkenan Tuanku Raja-Raja Melayu.

6. Draf dibawa semula ke kabinet.

7. Draf akan beratur masuk Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat. 

8. Bacaan Kali PERTAMA – Notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan Negara. Menteri membaca tajuk.

9. Bacaan Kali KEDUA – rang undang-undang dibahaskan di Dewan Rakyat:

Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat
Menteri menjelaskan sebarang persoalan
Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang oleh Dewan Rakyat

10. Peringkat jawatankuasa

meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci
membuat pindaan yang sesuai

7. Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
dihantar untuk kelulusan
mendapat undian majoriti untuk diluluskan sebagai akta

8. Diperkenan oleh YDPA dalam tempoh 30 hari jika tidak diperkenan, rang undang-undang tetap akan menjadi undang-undang mengikut Perkara 66 Fasa 4.

9. Warta kerajaan ; dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dgn kuasa Parlimen. Dinyatakan tarikh penguatkuasaan untuk diamalkan.

Melihat kepada aliran di atas, jelaslah bahawa Pas baru saja berada di tangga ke 3. Masih jauh lagi. Bukan hanya selangkah saja.

3 tahun jadi kerajaan. Satu hal pun tak selesai. 

Hisham Fauzi
Mantan Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...