Sunday, October 30, 2022

APAKAH PH SEDANG MEMBUAT PERCUBAAN BUNUH DIRI DI JERAI


 CUBAAN BUNUH DIRI DI JERAI

Mutakhir, kedengaran makin jelas bahawa DAP akan meletakan calon Melayu di Parlimen Jerai utk Pru kali ini.

Sosok calon pun sudah kelihatan dgn jelas dan bukan bayangan lagi. Begitu tegas dan bersungguh DAP utk meletakan 'Ayam Sabunganya' dari baka Melayu di Parlimen Jerai buat pertama kalinya dlm sejarah.

Perebutan dan perbalahan kerusi Parlimen Jerai diantara parti Amanah dan Dap sudah sampai ke kemuncaknya apabila parti Amanah dikatakan akan mengistiharkan 'Boikot' Pru diseluruh Kedah.

Pertelingkahan Dap dan Amanah pastinya akan memberi kesan buruk kepada PH pada keseluruhanya. Sudah tentu PKR juaga akan terkena tempias dan biangnya.

Jerai mejoritinya pengundi Melayu, tindakan drastik DAP seakan mengantung diri sendiri di Jerai. Di kala momokan DAP anti Melayu anti Islam masih memuncak di kalangan org Melayu, adalah tidak wajar DAP melakukan cubaan "Berani Mati' ini dgn meletakan calonnya di Jerai.
Mungkin DAP berangapan dgn meletakan calon Melayu mewakili Dap, dapat menghakiskan momokan atau tanggapan bahawa parti itu tidaklah sebuah parti yg rasis atau anti Melayu dan Islam.

Rasanya, masanya belum sesuai utk DAP membuat percubaan berani mati sebegitu di Jerai. Masa yg panjang diperlukan bagi DAP utk mengembalikan kepercayaan org Melayu terhadap mereka. Rasa 'Ketakutan' dan 'Kesangsian' org Melayu terhadap DAP. Rasa tidak selesa itu sangat tebal hasil dari momokan puluhan tahun oleh UMno.

Sayang sekali jika kerusi PH di Jerai hilang begitu saja gara-gara percubaan yg tidak masuk akal serta kurang bijak yg PH lakukan. Percaturan ini bakal membuatkan PN, BN tersenyum lebar.

By Sidie Kdk®
link 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...