Friday, October 14, 2022

BERCERAI SUDAH ANTARA PAS DAN UMNO..


 Ini surat cerai Umno - Pas. Keluar kelmarin. Surat cerai ini bukan dikeluarkan oleh pihak ketiga, tetapi oleh pasangan yang bercerai itu sendiri.


Hari ini media melaporkan, Umno - Pas bakal bertembung secara langsung di 27 kerusi parlimen. Realitinya, semua kerusi akan ada pertembungan PN (ada Pas) - BN (ada Umno).

Kita faham, perpaduan ummah (Melayu -Islam) laungan Pas hanya retorik politik kuasa Pas saja. Laungan itu tidak jujur, sebab kalau Pas jujur, kenapa Pas pilih Umno?

Jawapannya mudah. Sebab, Pas mahu menumpang tuah politik Umno. Pas tahu, nilainya dalam politik Malaysia semakin merosot lantaran politik khianatnya sebelum ini.

Saya lawan Umno, tetapi apabila Umno mengambil keputusan mengeluarkan surat cerai dengan Pas, saya berterima kasih banyak kepada Umno.

Bagi saya, parti politik jual agama wajar disempitkan ruang dalam arena demokrasi di negara ini kerana gaya politik sebegitu mengancam keharmonian hubungan antara kaum.

ZOLA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...