Friday, October 14, 2022

Laporan Polis Terhadap Harakah Daily...


 Gambar: Laporan Polis Terhadap Harakah Daily dalam laporan berita pada 12hb Oktober bertajuk "Pakatan Harapan: Rejim Yang Bakal Hancurkan Melayu-Islam" di IPD Shah Alam Selangor. 14hb Oktober 2022 (Jumaat)

Laporan polis oleh Sdr Abbas Azmi Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdr Raja Ahmad Iskandar SU Publisiti DAPSY Kuala Lumpur, Izuan Kasim KETUA AMK Selangor dan Shafiq MUDA Bangi anjuran Biro Mobilisasi Rakyat Pemuda AMANAH Nasional. 

Kenyataan Media 

Kebiadapan Artikel di HarakahDaily : Pakatan Harapan Rejim Yang Akan Menghancurkan MELAYU5 Islam? 

Pemuda Parti AMANAH Negara bersama rakan komponen Pakatan Harapan menzahirkan rasa kesal diatas terbitan artikel yang disiarkan oleh portal HarakahDaily diatas tajuk Pakatan Harapan Rejim Yang Akan Menghancurkan Melayu - Islam. 

Artikel ini ditulis oleh seorang manusia yang bernama Zurk Ahmad yang ditulis pada 12 Oktober 2022. 

Tulisan Fitnah ini dilihat sebagai strategi pihak tertentu sempena menjelangnya pilihanraya Umum ke 15. Ketakutan melampau penulis dan Mungkin PAS sehingga memaksa mereka menerbitkan tulisan fitnah sebegini. 

Pakatan Harapan sangat menjunjung perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan hak orang Melayu dan bangsa dan agama lain yang ada di Malaysia. 

Justeru satu laporan polis telah dibuat bagi menghentikan tulisan Fitnah sebegini dan memohon satu tindakan undang undang kepada penulis dan penerbit artikel ini. 

Sesungguhnya Dosa Fitnah ini Jebih besar dari dosa membunuh dan Islam tidak mengajar akhlak sebegini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...