Wednesday, June 21, 2023

AKIBAT TIDAK ISTIQOMAH.. PERCATURAN PAS EN.HADI SENTIASA KE LAUT


 PERCATURAN PAS EN.HADI SENTIASA KE LAUT

1) Ketika momentum rakyat semakin kuat bersama Pakatan Rakyat, En.Hadi memilih untuk keluar dari PR. Mulanya En.Hadi mahu bersendirian kerana baginya bersendirian itu kuat. Tiba PRU14, PAS kalah teruk. Ke laut sudah. 

2) Kemudian PAS bersama UMNO dalam Muafakat Ummah. Ketika bersama UMNO, mereka berjaya membina momentum orang Melayu menerusi RUU355 dan ICERD. Suatu gelombang baru yang agak menjolok mata.

3) PAS akhirnya berjaya membentuk kerajaan tebuk atap tanpa pilihanraya bersama UMNO & BERSATU. Kerajaan tidak stabil & tidak perform.

4) Permainan dua kolam PAS bersama BERSATU dihidu tidak disenangi UMNO. Maka PAS ditendang keluar. Muafakat Ummah hancur. Ke laut lagi.

5) Kini PAS & BERSATU menerima GERAKAN dalam PN yang dilihat lebih banyak membawa kerosakan kepada PN. PAS sekali lagi menampakkan imej khadam mereka yang dahulunya kepada DAP, kini kepada GERAKAN. Terus ke laut juga.

6) Sekiranya PAS En.Hadi bijak berpolitik, beliau akan mengekalkan PAS samada bersama PR atau UMNO. Kerana jika PAS istiqamah, mereka sudah pun menjadi kerajaan bersama PR pada hari ini. Ataupun bersama UMNO & PH dalam Kerajaan Perpaduan. Bukanlah ke laut seperti sekarang.

Siapa laa strategist PAS ni? Lantik ana jadi konsultan lagi bagus. Tapi pro bono tak mau laa. Amacam? PM tepi untuk quotation.

Prof Ariff Kadir Al-Katami
Pakar Strategi Politik Tak Ke Laut

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...