Tuesday, June 13, 2023

Sanusi jangan lupa, Saidina Umar juga kaya


Saya tertengok satu ucapan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dalam Tik Tok yang menyebut Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak bercakap untuk menoktahkan kemiskinan kerana beliau tidak pernah miskin. 

Mendengarr ucapan menteri besar Kedah dalam Tik Tok itu, sekali lagi tercetus dalam minda saya berkenaan gaya berfikir yang salah. 

Hall ini kerana urusan hendak bantu orang miskin dalam bernegara, bukan mesti daripada orang yang pernah miskin, tetapi perlu kepada orang yang ada kebijaksanaan dalam ilmu ekonomi dan menyusun polisi ekonomi yang berpihak kepada orang miskin serta jujur dalam pengurusan dalam hal ehwal kewangan negara. 

Sayaa tidak tahu, apakah benar-benar perdana menteri daripada keluarga miskin atau tidak. Saya tidak ada maklumat berkenaan hal itu.

 Namun, maklumat yang saya tahu, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berasal daripada keluarga yang bukan miskin. Jadi, menteri besar Kedah kutuk perdana menteri ini, apakah di sebaliknya tersirat maksud pukul Anwar Ibrahim sindir Hadi Awang? 

Sayaa berpendapat, mahu menoktahkan kemiskinan bukan mesti daripada orang yang pernah miskin, tetapi perlu datang daripada orang yang ada ilmu ekonomi serta jujur dan amanah dalam usaha hendak membasmi kemiskinan. 

Kalauu pernah miskin, tetapi tidak ada ilmu urus ekonomi seperti menteri besar Kelantan, masalah kemiskinan di Kelantan, sampai hari ini tidak dapat diselesaikan. 

Kalau pernah miskin, lalu kaya dan lupa diri sehingga tidak beramanah dalam urusan ekonomi rakyat seperti berlaku pada pentadbiran negeri Kelantan yang exconya pakai kereta mewah, bukan sekadar kemiskinan tidak dapat diselesaikan, masalah asasi bagi rakyat awam seperti air bersih pun tidak dapat diselesaikan.

 Mungkin pemimpin PAS di semua peringkat lupa bahawa Saidina Umar ialah salah seorang sahabat Nabi yang kaya. Tetapi antara kejayaan Saidina Omar yang dibanggakan dalam lipatan sejarah adalah beliau berjaya membentuk polisi ekonomi yang baik dalam menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat pada zamannya.

 Umar bin Abdul Aziz yang merupakan cicit Saidina Omar juga berasal daripada keluarga kaya. Dia daripada keturunan bangsawan. Namun, polisi hadapi kemiskinan rakyat yang beliau bentuk, ternyata diakui baik oleh pengkaji di dunia Islam dan barat. 

Padaa saya, gaya berfikir yang betul juga salah satu perkara penting untuk memastikan negara ini menjadi baik. 

Penulisan...
WANN JI WAN HUSIN ialah seorang pendakwah bebas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...