Tuesday, June 13, 2023

SIRI SAPA TAU - VII : Exco Wanita Kedah dia buat apa dah.. hgpa tau dak?


 SIRI SAPA TAU - VII

Jom hari ini kita tengok pula s eorang lagi Exco daripada Bersatu iaitu YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah binti Saad. YB Kak Ton yang juga kawan sekolah Pak Teh Hussin Jan merupakan Adun kawasan Bukit Kayu Hitam.

Beliau memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta Kebajikan sejak melompat menyokong PAS setelah keluar dari PH pada Mei 2020.

Kaum wanita yang terbaca posting ini boleh tolong bagitau sat apa Kak Ton ni buat sejak dia jadi Exco Pembangunan Wanita. Wanita mana yang dia bangunkan? Apa program yang dia buat?

Dari segi kebajikan, apa kebajikan yang dia dah buat? Waktu Covid19 ramai yang angkat bendera putih tak ada makanan apa bantuan dia? Selepas Covid19 la ni apa yang dia buat?

Yang tau rumah dia makin besar bila tengok masa lalu nak masuk Dusun Chu Tiah milik Hj Khuzaifah Azlan...

Ada sapa tau pencapaian dia ni? Habaq sat....

ZULHAZMI SHARIFF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...