Tuesday, January 9, 2024

FAHAM ATAU BUAT TAK FAHAM - ANTARA SD DENGAN AKTA LOMPAT PARTI..


SD SD SD SD SD SD SD....

TPM 1 DSZH mengatakan SD tidak lagi terpakai dalam pembentukan kerajaan kerana negara kita telah ada akta anti lompat parti.

Tapi MP Pasir Mas berkata sebaliknya.

Siapa yang benar??

Baik, lihat fakta ini.

1. Sejurus PRU-15, PN telah mengumpul SD untuk membentuk Kerajaan, dengan bantuan Speaker Parlimen TS Azhar Harun, senarai SD dihantar melalui e-mail pada malam pilihanraya kepada pihak istana.

2. Penasihat undang-undang telah menasihati Tuanku bahawa SD tidak boleh digunakan kerana adanya akta lompat parti yang diluluskan parlimen.

3. Disebabkan tiada parti yang mencapai majaroti mudah, maka pembentukan kerajaan perlulah kerjasama parti politik melalui enbloc. 

4. Bagi menghormati suara rakyat, gabungan parti yang paling banyak memiliki kerusi parlimen dipilih untuk mengetuai kerajaan. Maka mandat diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk berunding membentuk kerajaan. 

5. Selain itu, YDPA juga memainkan peranannya dengan menitahkan agar semua parti menyertai Kerajaan Perpaduan yang bakal diketuai oleh parti yang paling banyak mendapat kerusi, tidak lain tidak bukan ialah PH.

6. Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH berlapang dada untuk menerima semua parti seperti yang dititahkan oleh Tuanku.

7. Namun PN sombong dan menolak titah Tuanku.

8. Zahid Hamidi dikatakan munafik sebab berbohong kerana sebelum PRU telah bersumpah tidak akan bersama Anwar, DAP dan Bersatu.

9. Jika Zahid Hamidi kekal dengan pendirian tersebut, pastinya kerajaan tidak dapat dibentuk, kerana tidak boleh bersama PH yang ada Anwar dan DAP, serta tidak boleh bersama PN yang ada Bersatu.

10. Demi negara dan titah Tuanku, Zahid Hamidi bawa UMNO dan BN sertai Kerajaan Perpaduan. 

11. Anwar Ibrahim yang ketuai Kerajaan Perpaduan juga telah buat MOU untuk memastikan kerajaan stabil, antaranya semua MP kerajaan wajib mengundi undi percaya, belanjawan dan apa-apa undian penting di Parlimen.

12. UMNO juga ada buat perjanjian sebelum PRU iaitu semua MP UMNO memberikan kuasa pembentukan kerajaan kepada Presiden. 

13. Ada juga perjanjian UMNO bahawa ahli parlimen yang keluar parti akan disaman RM100 juta. Zuraida yang kianat dari PKR telah disaman RM20 juta dan disahkan oleh mahkamah, sekarang tunggu proses rayuan.

14. Menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43(4) menyatakan, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan Jemaah Menteri, sekiranya beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

15. Untuk menentukan PM hilang majoriti, bukan melalui SD, tetapi mesti melalui undi tidak percaya di Parlimen. Sedangkan semua MP Kerajaan telah diikat dengan MOU dan juga perjanjian lain.

16. Berkenaan sokongan MP Bersatu kepada PM, mengapa boleh dan tiada tindakan?
Tindakan mesti datang dari parti Bersatu sendiri.

17. Bersatu mesti pecat mereka, maklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat dan kekosongan kerusi parlimen tersebut boleh diisytiharkan dan PRK diadakan.

18. Adakah Bersatu berani? Dan adakah rakyat akan suka kepada PRK yang tidak perlu seperti ini?

19. Sebab itu dalam isu ini, DSZH adalah lebih bijak dari MP Pasir Mas. Malah DSZH telah berjaya menolak SD yang dibawa oleh PN semasa peringkat awal pembentukan kerajaan. 

20. Hari demi hari MP Pasir Mas menunjukkan sikap tidak cerdiknya kepada rakyat. Saya yakin tujuannya hanya untuk terus memberikan candu kepada walaun.

Sekian.

Muhammad Fairul Al Qasas
Puncak Alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...