Tuesday, January 9, 2024

KENAPA ADA PUAK YANG BEGITU PULUN NAK TEBUK ATAP?


 Semalam aku balik puncak alam, selain dari melawat homestay kami, aku turut sertai mesyuarat politik dengan kawan-kawan LTL.

Grup yang ditubuhkan pasca langkah sheraton .

Maklumat yang kami dapat, langkah Dubai ni memang wujud.

Tapi keterdesakan untuk ambil alih kerajaan tu bukan sebab tempoh YDPA al Sultan Abdullah akan tamat...atau lebih tepat sebelum Sultan Johor ditabal jadi YDPA...

Bukan....sebab Sultan Abdullah sendiri memang tidak akan layan puak tebuk atap ni..

Baginda pun nak bersara dengan damai.

Keterdesakan ini kerana untuk mengelak mereka didakwa dan harta yang mereka ambil secara salah sejak 30 lalu disita kerajaan. 

Anwar Ibrahim sendiri dikatakan malas nak ganggu Tun yang sudah tua tersebut.

Tapi Tun dan puak kartel marah dengan tindakan Kerajaan PerPADUan yang baru-baru ini mendenda kartel ayam hampir setengah billion atau lebih tepat RM415 juta.

Belum kira lagi projek-projek kroni yang disemak semula dan dinilai balik.

Hasil usaha keras Anwar Ibrahim dan Tengku Zafrul, pelaburan masuk bertali arus. Dikatakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Inflasi menurun, pengganguran menurun. Peluang kerja banyak terhidang.

Rafizi pula lancarkan PADU (orang kata PKR-Amanah-DAP-UMNO) yang mana sistem ni akan jadi pemain utama dalam menyampaikan subsidi lebih berkesan dan menjimatkan sekurang-kurangnya RM4 Bilion wang rakyat.

Perkhabaran dari JPA, pelarasan gaji penjawat awam akan dimuktamadkan. Kenaikan gaji akan diumumkan dalam tahun ini juga. Malah skim gaji bermaruah untuk swasta akan turut berlangsung dimana kerajaan akan tambah gaji pekerja syarikat tertentu yang mengambil bahagian untuk tempoh setahun.

Selain itu projek ekonomi khas IPR dan INTAN dijangka berjaya meningkatkan pendapatan peserta dan INTAN akan membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk sara diri dalam soal ayam dan sayuran.

Petunjuk ekonomi lain seperti ringgit dan bursa saham semakin baik.

Oleh itu dalam tempoh lagi 1-2 tahun rakyat akan mula merasai apa yang dikatakan sebagai negeri makmur baik lagi diberkati.

Inilah yang atok dan geng tebuk atap takut sangat. Mereka akan kehilangan hujah apabila Malaysia semakin bertambah baik dibawah kepimpinan PMX.

Kenyataan PM paling gagal, ekonomi teruk, adalah zikir bodoh walaun yang bila ditanya secara khusus apa yang gagal, apa yang teruk, tidaklah dapat mereka nyatakan.

Geng tebuk atap juga terkejut, apabila isu pemuda kahfi Kristian yang sepatutnya menjadi tumbukan smackdown ke atas Anwar, sebaliknya satu demi satu asatizah bangun menyatakan hujah menyokong atau sekurang-kurangnya membenarkan kenyataan Anwar. 

Terbaru kenyataan rasmi Mufti Wilayah dalam bayan linnas dalam isu ini, dengan jelas mengatakan TIDAK SALAH mengatakan agama pemuda kahfi sebagai Kristian. 

Sebenarnya ramai asatizah ini bangkit bukan sebab menyokong PMX, tapi menyelar sikap melampau menyesatkan dan mengkafirkan orang atas isu yang ulama khilaf.

Bak kata orang, terlebih smackdown menjadikan sokongan dan empati beralih ke PMX.

Maka bagi mengekalkan momentum sokongan kepada PN, maka mereka sentiasa memberi candu 'PMX akan jatuh'

Berikut senarai candu mereka,

1. Nov 2022 - Dah cukup jomlah
2. Dec 2022 - Kerajaan Perpaduan tidak kukuh dan bila2 masa akn tumbang.
3. Januari 2023- Kerajaan Perpaduan akan tumbang hujung Januari
4. Februari 2023 - Kerajaan Perpaduan akan tumbang bulan ini ( Februari )
5. Mac 2023 - Kerajaan Perpaduan akn tumbang pada bulan puasa.
6. Mei 2023 - Kerajaan Perpaduan akan tumbang selepas Hari Raya. Perdana Menteri cabar undian di Parlimen tapi pembangkang tidak berani.
7. Jun 2023 - GPS akan sertai PN, Perdana Menteri akan bertukar pada Julai. GPS nafikan bersama PN.
8. Julai 2023- Sudah cukup jumlah kerajaan Perpaduan akan tumbang September
9. Ogos 2023 - Kerajaan akn tumbang bila2 masa ( bye2 PM )
10. Oktober 2023 - Ahli UMNO akn tarik sokongan. Kerajaan akan tumbang.
11. Nov 2023 - PMX sudah hilang majoriti kerajaan akn bertukar.
12. Dis 2023 - Petang Jumaat kerajaan akan bertukar
13. Dis 2023 - Langkah Dubai… pemimpin2 sudah bersepakat bersetuju
14. Januari 2024 - Akhirnya MB Kedah terpaksa beritahu dia tahu tarikh Kerajaan akan tumbang. 
15. Januari 2024 - Raja Petra beritahu dia sudah ada senarai mereka yg akan serah SD.

Berdasarkan akta anti lompat dan ketidakupayaan mana-mana pihak dari UMNO dan GPS untuk membawa semua AP mereka, maka cita-cita mereka kekal lah menjadi candu.

Contohnya begini, dari 28 AP UMNO, mungkin 11 akan tarik sokongan, 

Tapi dari 23 AP GPS, separuh darinya juga tidak akan bersama PN.

Inilah yang memeningkan mereka sebenarnya. 

11 UMNO ini pula tidak berani bertindak lebih jauh kerana kuartir kerajaan tak jatuh, maka tindakan lebih keras termasuk saman 100 juta akan mereka hadapi..

Anwar Ibrahim akan terus tersenyum dan bekerja untuk Malaysia. Pengundi baru dan atas pagar dapat memerhati dengan jelas, siapa yang mempunyai idea dan bekerja untuk negara, dan siapa pula sabotaj ekonomi dan keharmonian negara.

Buat masa sekarang Kerajaan PerPADUan berada di landasan yang betul.

Dan kami grup LTL akan terus menyampaikan informasi tepat dan mempertahankan kerajaan ini.

Sekian.

Muhammad Fairul Al Qasas 
Puncak Alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...