Showing posts with label Sinar Harian. Show all posts
Showing posts with label Sinar Harian. Show all posts

Tuesday, February 20, 2018

Rakyat nak tahu ke mana duit GST


SHAH ALAM - Rakyat negara ini ingin melihat ke mana wang hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dibelanjakan sama ada ia nyata atau sebaliknya.

Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, rakyat dapat menerima pelaksanaan cukai tersebut jika mereka mengetahui kesan langsung kepada rakyat.

Ads By ZincScroll to Continue
“Jika kita bayar cukai, semestinya ingin melihat ia dibelanjakan untuk sesuatu yang perlu. Sebagai contoh pembayaran minimum dikenakan ketika mendapatkan perkhidmatan di hospital.

“Rakyat ingin lihat bagaimana kerajaan membelanjakan wang jika kerajaan mahu mengumpul RM40 bilion daripada kutipan GST setiap tahun," katanya semalam.

Ahmad Bashah boleh sedia ‘pack’ barang?


SHAH ALAM - “Mat Bashah dah boleh bersedia ‘pack’ barang-barang dia untuk kita Bersatu ambil alih Kedah.

Demikian bidasan pedas yang dilemparkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor terhadap keyakinan tinggi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Bersatu menempelak keyakinan Ahmad Bashah kononnya BN akan kekal di negeri jelapang padi itu meskipun tahu rakyat masih hormat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kamaruddin berkata, Pakatan Harapan (Harapan) berhasrat untuk menyelamatkan Kedah dan Malaysia.

“Semua tahu yang nak jual tanah dan aset negara ialah pimpinan sekarang bukannya Tun Mahathir.

“Macam mana mereka boleh terlupa dan terlepas pandang? Sedangkan kerajaan sekarang yang menjual aset negara seperti tanah, stesen jana kuasa eletrik, Proton dan meletakkan kedaulatan negara di ambang terumbang ambing,” katanya kepada Sinar Harian.

Saturday, February 17, 2018

PKR tak pernah halau Pas keluar

PKR tak pernah halau Pas
SHAH ALAM - Kami tak paksa dan tak halau Pas keluar, mereka yang menarik diri kerana tidak mahu ‘bertahaluf siyasi’ dengan kita, demikian penjelasan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkenaan Pas yang telah memutuskan hubungan dengan PKR meskipun kedua-duanya masih bekerjasama di peringkat kerajaan negeri.

Menurutnya, meskipun Pas tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan (Harapan) namun mereka masih bersama-sama menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor.

“Kerajaan Harapan terpaksa mengekalkan pemimpin Pas dalam pentadbiran negeri kerana berpaksikan mandat yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU13 lalu.

“Namun pentadbiran antara kedua-duanya semakin di penghujung jalan dan mungkin pada April atau Mei, dun akan dibubarkan dan mandat akan habis. Kita pulangkan semula kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang jauh lebih baik,” katanya ketika ditemu bual semasa program FB Live Sinar Harian di pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

LZNK, UniSHAMS tandatangani MoU biasiswa

 LZNK, UniSHAMS tandatangani MoU biasiswa
ALOR SETAR - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim (UniSHAMS), hari ini menandatangani memorandum persafahaman (MoU) bagi pembiayaan biasiswa pendidikan bernilai RM1.2 juta kepada 100 pelajar asnaf fisabilillah.

Memorandum persefahaman (MoU antara kedua-dua itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Syeikh Zakaria Othman dan Rektor UniSHAMS, Prof Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dipejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Syeikh Zakaria berkata, melalui jalinan kerjasama itu pihaknya menyatakan hasrat untuk membantu anak-anak Kedah yang cemerlang dalam akademik tetapi menghadapi mempunyai kekangan kewangan akan dibantu.

"Pelajar asnaf yang dibantu dengan pembiayaan penuh untuk melanjutkan lapan program pengajian iaitu empat program diploma dan empat program ijazah sarjana muda.

Misteri batu bersusun disungai

Misteri batu bersusun
SUKABUMI -INDONESIA. Fenomena batu bersusun di Sungai Cidahu di Sukabumi mencetuskan persoalan penduduk setempat pada minggu lalu.

90 batu berdiri disusun teratur di aliran sungai kampung Cibojong, Desa Jayabakti, Kecamatan Cidahu, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat itu pada asalnya dikaitkan dengan perkara mistik.

Namun, ada segelintir pihak percaya fenomena batu bersusun yang tular di media sosial adalah perbuatan manusia.

"Saya mendapat maklumat, susunan itu dibuat dengan sengaja sekumpulan pemuda dengan tujuan untuk mengajak masyarakat menjaga alam sekitar. Tetapi, ia disalah anggap sesetengah pihak yang mengaitkannya dengan perkara mistik," kata Setiausaha Desa (Sekdes) Jayabakti, Agus Muzamil.

Menurutnya, dia terlebih dahulu mencari maklumat tentang kejadian pelik itu yang pernah berlaku di tempat lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...