Wednesday, February 21, 2018
UniSHAMS nama baru bagi Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah, telah ditubuhkan sejak 1994. Sepanjang penubuhan, kerajaan negeri telah merancang untuk menjadikan KUIN sebagai sebuah universiti penuh di kawasan utara tanah air. Tetapi, KUIN tidak berjaya untuk mendapat status universiti penuh kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Namun begitu, setelah hampir 25 tahun, penantian untuk menjadikan KUIN sebagai universiti penuh telah berjaya apabila menerima Perakuan Pendaftaran daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.
KUIN juga kini telah bertukar nama baru sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS). Perakuan Pendaftaran itu telah diserahkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Ir Dr Siti Hamisah Tapsir kepada Rektor UniSHAMS Prof Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, untuk sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) mendapat status penukaran sebagai universiti penuh bukanlah mudah.
Mukhriz habaq yang ayahnya Tun M akan bertanding di BALING pula..!!
Mukhriz cabar BN bawa RM1.3b ke Baling
BALING - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempat berceloteh bahawa ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di Parlimen Baling pada PRU14.
Ucapan pemimpin berkenaan dalam ceramah rakyat di Kampung Tas malam tadi disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 hadirin.
“Mungkin sebab ada angin-angin Tun Dr Mahathir akan bertanding di parlimen Langkawi, maka depa umum gula-gula, tapi gula-gula depa sakan. Nak tambah hospital yang nilainya RM1.3 bilion.
“Kalau macam itu, saya pun nak cadang, kita buka cerita yang sebenarnya Tun Dr Mahathir akan bertanding di parlimen Baling. Bawa mailah RM1.3 bilion di Baling. Soal jadi tak jadi (bertanding) soal kedua dan ketiga, sebab di Langkawi pun belum 'confirm' lagi,” katanya.
Apabila PAS pun sudah mula menyanyikan lagu perpecahan undi Melayu dan umat Islam
Pas mula tak senang duduk

KOTA BHARU - Pas sebenarnya sudah seperti cacing kepanasan apabila menuduh kewujudan Amanah punca kepada perpecahan undi Melayu dan umat Islam pada PRU14 nanti.
Timbalan Presiden Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, pandangan sebegitu yang datang daripada pimpinan tertinggi Pas sebenarnya membuktikan kehadiran parti dilabelkan setahun jagung usianya sudah mula menyengat.
“Hari ini mereka mula terasa bahang tersebut, Pas mula ditolak kerana rakyat telah ada alternatif baharu. Sepatutnya Pas kekal bersama parti-parti pembangkang menjalinkan hubungan yang semakin erat dan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul.
“Sepatutnya berbuat begitu demi untuk menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat. Malangnya Pas telah memilih untuk mengasingkan diri dari pakatan pembangkang, akibatnya mereka mula terasa kesunyian dan bimbang akan terus terpinggir,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Pas-Umno buli, mangsakan rakyat dan Pakatan Harapan

Menjadi kebiasaan apabila Pas dijadikan mangsa politik belasahan Umno dan media arus perdana dengan berbagai kecaman,hentaman,cemuhan dan kutukan yang bersifat cerita rekaan dengan niat menakutkan masyarakat khususnya pengundi supaya tidak menyokong dan mengundi PAS.
Gejala yang tidak bertamadun ini terjadi setiap kali kedudukan Umno tempang, sangat lemah dan berdepan dengan krisis kepercayaan rakyat serta krisis dalaman Umno, maka ketika itu Pas akan menjadi mangsa buli politik kotor Umno-BN.
Setelah negara merdeka, pemikiran rakyat ‘diracun’ dengan politik sempit ke tahap menakutkan rakyat agar tidak memberi undi untuk pembangkang supaya negara tidak berlaku huru hara dan negara akan terpinggir dari arus pembangunan sekiranya mengundi pembangkang pada pilihan raya.
Rakyat ditakutkan dengan sebarang percubaan menyokong dan memilih pembangkang terutamanya Pas pada pilihan raya.
Wujudnya konsep Keselamatan dan Pembanggunan (Kesban) dan tertubuhnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas peristiwa 13 Mei 1969, maka doktrin menakutkan minda rakyat bahawa orang Melayu akan hilang kuasa jika berpecah rancak diperkata sehingga terbentuknya kerajaan campuran Perikatan bersama Pas dan disusuli penyertaan Pas dalam komponen BN.
'Idris Ahmad tak perlu 'berlidah biawak'
Naib Presiden PAS Idris Ahmad diingatkan tidak memutarbelitkan isu mengenai penukaran agama satu pihak, tegas Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin.
Katanya, semasa memerintah Terengganu, PAS telah meluluskan enakmen syariah yang menyebut bahawa kanak-kanak yang belum sampai umur 18 tahun, keislaman mereka dianggap sah hanya apabila mendapat persetujuan ibu dan bapa terlebih dahulu.
Wan Ji berkata perkara itu dinyatakan dalam Seksyen 101 (b), Enakmen 2 tahun 2001, Enakmen pentadbiran Hal Ehwal agama Islam (Terengganu) Bahagian memeluk agama Islam.
"Justeru, Ustaz Idris Ahmad sebagai pemimpin PAS tidak wajar "berlidah biawak" ketika membicarakan isu Islam di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)


