Wednesday, February 21, 2018

Apabila PAS pun sudah mula menyanyikan lagu perpecahan undi Melayu dan umat Islam

Pas mula tak senang duduk

https://1.bp.blogspot.com/-aYtp28oVcUk/V3i9neCpNiI/AAAAAAAB9yE/jg7BDVV4j6kxdq5oraDHCW5y32Q960KFgCLcB/s1600/hadi-keris.jpg
KOTA BHARU - Pas sebenarnya sudah seperti cacing kepanasan apabila menuduh kewujudan Amanah punca kepada perpecahan undi Melayu dan umat Islam pada PRU14 nanti.

Timbalan Presiden Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, pandangan sebegitu yang datang daripada pimpinan tertinggi Pas sebenarnya membuktikan kehadiran parti dilabelkan setahun jagung usianya sudah mula menyengat.

“Hari ini mereka mula terasa bahang tersebut, Pas mula ditolak kerana rakyat telah ada alternatif baharu. Sepatutnya Pas kekal bersama parti-parti pembangkang menjalinkan hubungan yang semakin erat dan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul.

“Sepatutnya berbuat begitu demi untuk menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat. Malangnya Pas telah memilih untuk mengasingkan diri dari pakatan pembangkang, akibatnya mereka mula terasa kesunyian dan bimbang akan terus terpinggir,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian Amanah diwujudkan untuk memecah-belahkan umat Islam, undi Melayu dan sebagai talian hayat kepada Umno menang nanti.

Abdul Hadi juga dipetik berkata, hasrat Amanah untuk bertanding di kerusi Pas dilihat hanya akan memberi kemenangan kepada Umno.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...