WAWANCARA | Pensyarah sains politik Maszlee Malik tahu pada saat beliau menyertai parti pembangkang, beliau sedang mempertaruhkan banyak keistimewaan lama dan juga mata pencariannya untuk dikorbankan.
Buat beliau, pengorbanannya itu tiada apa-apa berbanding ramai orang yang kehilangan banyak perkara dalam perjuangan politik mereka.
"Jika saya berkorban, ia tiada apa-apa berbanding apa yang telah mereka korbankan. Saya fikir sekarang masanya untuk saya membuat pengorbanan kecil yang dapat saya buat.
"Jika kita mengharapkan kegemilangan negara kita, kita perlu mengorbankan diri kita sedikit (untuk matlamat yang lebih besar)," kata Maszlee kepada Malaysiakini dalam suatu wawancara eksklusif.
"Ketika saya bercakap dengan ahli keluarga saya, terutamanya isteri saya, mereka berkata kita hanya berfikir untuk diri kita sendiri.
"Kenapa tidak kita merenung sejenak untuk berfikir tentang negara ini, nasib rakyat yang tinggal di desa, rakyat yang menderita meskipun tinggal di kawasan kota, di bandar besar tetapi hidup dalam kemiskinan," kata beliau.