Wan Ji Wan Hussin
Sepertimana yang kita tahu, Amanah membawa slogan Rahmatan lil Alamin. Ia bukan sekadar slogan, malah sememangnya Amanah cuba laksanakan dalam peringkat pentadbiran negara. Sudah berbagai kempen dilakukan. Tidak kurang juga melalui penerangan melalui TV al-Hijrah bawah kelolaan salah seorang pemimpin tertinggi mereka, Dr Mujahid Yusof yang juga menteri agama di bahagian Jabatan Perdana Menteri.
Sama ada berkesan atau tidak, itu bukan tajuk perbincangan dalam tulisan ini. Apa yang mahu dibangkitkan adalah, hasrat baik di sebalik slogan ini diremehkan oleh musuh parti mereka. Antara bentuk remehan itu, diungkapkan “Rahmatan Li al-Kafirin”.
Wednesday, October 30, 2019
Monday, October 28, 2019
Jangan bagi kuasa Kerajaan haramkan PARTI POLITIK, biar undang-undang yang tentukan, kata Anwar
Jangan ajar Putrajaya haram parti politik, PAS mungkin kena, kata Anwar
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar PAS kerana menggesa Putrajaya mengharamkan DAP, susulan beberapa pimpinan parti itu dikaitkan dengan isu buku komik kontroversi diharamkam dan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Anwar berkata, kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man semalam merupakan pemikiran dan pendekatan lama dalam berpolitik dan sekiranya diamalkan akan turut menimpa parti Islam itu sendiri.
“PAS masih buat pemikiran lama, suruh haramkan itu dan ini. Ini adalah politik lama. Sekarang ini kalau dia (PAS) mula ajar, kerajaan ada kuasa untuk haramkan PAS, itu bahaya.

Friday, October 25, 2019
UMNO jahat pon takpa janji depa MELAYU ISLAM bukan cina kapiaq!
[ 'ibrah & perjuangan ]
Party Agama selamatkan #Kebathilan.
1. Perkara yg mengikat Pakatan Harapan pada PRU14 adalah tekad membina semula Negara Malaysia yg hampir bankrup dikerjakan Najib, Umno/BN dan juak jahatnya.
2. Janji PH merentasi bangsa & agama. Semua mesti bangkit membuat perubahan, pertahankan pertiwi dari kecelakaan puak durjana itu.
Rakyat terima komitmen PH.
Rakyat bangkit meterai mandat pada PRU14 itu.
3. Hari ini PH sedang & akan terus melaksanakan apa dijanji sedaya mampu. Walau rupanya kerosakan itu jauh lebih parah dari apa di atas kertas rupanya.
4. PH ajak rakyat bersama fahami kemelut menyelamatkan Negara dari kebankrupan ini. Semua mesti bersama letakkan kepentingan Negara di atas. Dan PH yakin ia pasti berjaya dilaksanakan 5 - 10 tahun mendatang. Itu tekad, itu azam, dan itulah komitmen PH.
Sunday, October 13, 2019
RAKYAT MALANG BILA KALI INI DAPAT PEMBANGKANG PEMALAS
Kita dulu lama jadi Pembangkang. Pembangkang terbaik dan bermutu yang pernah wujud di negara ini adalah ketika ianya dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Setiap kali kerajaan waktu itu membentangkan bajet atau belanjawan, sudah pasti Pembangkang juga telah bersedia dengan bajet alternatif mereka. Kita mampu menyediakan bajet alternatif adalah kerana kita selaku Pembangkang ketika itu memiliki pemimpin yang hebat dan berpengalaman seperti Anwar Ibrahim serta ramai pimpinan yang berkualiti seperti Rafizi Ramli, Tony Phua, Nurul Izzah dan ramai lagi termasuk tokoh-tokoh profesional di luar parti yang pro kepada kita bersedia untuk memerah otak masing-masing bagi menyaingi bajet pemerintah Umno/Bn waktu itu. Kita memiliki kualiti kepimpinan di semua peringkat.

Thursday, October 10, 2019
MP PH.. sila tentang sebarang tindakan yang nak jual PLUS!
Aku harap seluruh Ahli Parlimen PH mengambil kesempatan perbahasan di parlimen menentang keras sebarang idea dan tawaran pengambilalihan PLUS Holding pengendali Lebuhraya Utara Selatan..
2- Jelas 2-3 Minggu ini, Kapitalis sudah berpencak silat, mereka cuba mempersembahkan kita Drama wayang kulit dan Sinetron kepada rakyat di dada dada akhbar...sudah tentu Tok dalangnya di dalam pentadbiran PH ada dibelakang tabir wayang ini..
3- Sebelum ini Kapitalis Bani Cina RRJ Capital yang berpengkalan di Hongkong menawarkan pengambilalihan sebanyak RM 3 Billon, dan tawaran dinaikkan kepada RM 3.5 Billion untuk mewajarkan pengambilalihan..
mereka menawarkan potongan bayaran Tol sebanyak 30 %.. dalam waktu yang sama mengekalkan tenaga kerja PLUS..manakala semalam, Maju Holding Kapitalis Bani Melayu menaikkan tawaran dengan melupuskan hutang atas kertas Kerajaan dengan tawaran potongan Tol sebanyak 38%...

Subscribe to:
Posts (Atom)