Monday, July 5, 2021

Kerajaan PN lawan covid19 tanpa merawat puncanya..!


 Sekali lagi aku nak sebut, kita lawan Pandemik Covid19 tanpa merawat puncanya! 

Ibarat Demam Kepialu, kita cuma bagi ubat demam (merawat symptoms) tapi kita tak bagi antibiotic (merawat kepialu).  

KP-KKM, MB Selangor sebut (secara berasingan), 80% kes positif berpunca dari 'Tempat Kerja'. Tempat kerja itu adalah kilang-kilang dan tapak binaan. 

TAPI, apa yg Kerajaan buat untuk Kilang-kilang dan Tapak Binaan? 

Kilang2 ini ramai anak2 muda dan belia2 tempatan. Mereka ini nadi keluarga masing2. Tidak dinafikan ramai juga warga asing sbg pekerja kilang2. 

Tapak Binaan di Selangor & Wilayah Persekutuan ini majoritinya pembinaan apartment, condominium, atau kawasan perumahan yg baru. Majority nya adalah warga asing. Siapa pemilik projek2 ini kalau bukan Syarikat2 Hartanah yg SuperKaya?  

Saturday, July 3, 2021

1 JUTA VAKSIN SUMBANGAN DARI JEPUN.. MANA SATU BETUL NIE..?


MANA YANG BETUL?

Kenyataan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bertarikh 1 Julai 2021 memaklumkan Malaysia menerima 1 juta dos vaksin AstraZeneca sumbangan Kerajaan Jepun. 

Laporan Facebook rasmi KKM pada 2 Julai 2021 pula menyatakan sebanyak 586,700 dos telah diterima oleh Pharmaniaga.

Pertama, jika 586,700 dos yang diterima Pharmaniaga adalah daripada 1 juta dos yang diterima dari Jepun, mana bakinya?

Kedua, sebelum ini dinyatakan tiada monopoli vaksin kerana Pharmaniaga hanya berhak membawa masuk vaksin Sinovac sahaja, tetapi kenapa AstraZeneca ini diberi kepada Pharmaniaga?

Mana yang betul? 

Thursday, July 1, 2021

B40 ANAK EMAS, T20 INTAN PAYUNG, B40 ANAK TIRI.. ITULAH APA YG KERAJAAN BN, PH & PN LAKUKAN..!


 BACA INI. SEMEMANGNYA TEPAT M40 ADALAH MANGSA DAN RAKYAT PALING MALANG.

SAYA teringat dlm FB Live sebelum PRU14 saya PERNAH bertanya kpd YB Dato' Johari Abdul, YM Raja Kamarul Baharin, Rafizi Ramli, Khalid Samad dan DS Saifuddin Nasution Ismail tentang POLISI Pakatan Harapan mengenai peluang penambaikan hidup M40 yg rata2 diabaikan oleh KERAjaan BN.

Jawapan mereka sangat "CLICHE" KUNUNnya PH akan mengambil perhatian tentang memperkasakan ekonomi M40 yg byk menyumbang kpd aktiviti perniagaan, SME, ekonomi dan percukaian negara.

TETAPI apabila PH menjadi KERAjaan tumpuannya seperti mana Najib UMNO BN juga, B40 ditatang serupa myk yg penuh, jadi anak emas. M40 dilupakan. Bantuan persekolahan utk anak2 pun tak dapat. Anda boleh semak byk tulisan saya membalun KERAjaan PH terutama terhadap Mahathir, Lim Guan Eng dan DS Saifuddin Nasution Ismail dalam bab tidak memperdulikan M40.

Argument saya ketika itu bukan shj sbb M40 penyumbang terbyk cukai tetapi juga golongan inilah MAJORITInya TERPELAJAR dan bencikan kezaliman BN ketika itu. Inilah golongan yg paling ramai "anti-establishment' dan mengundi PH. Mereka sudah bosan dgn KETIDAKADILAN Sosial dan Ekonomi KERAjaan BN selama lebih 60 tahun.

Wednesday, June 30, 2021

107 KEMATIAN , DUA KALI GANDA SEMALAM, APA JADI DENGAN SISTEM KESIHATAN KITA .?



107 KEMATIAN , DUA KALI GANDA SEMALAM, APA JADI DENGAN SISTEM KESIHATAN KITA .? 

1- Semalam kematian dicatatkan terendah dalam tempoh sebulan aku kira, Lega lah.. Semalam 57 Kematian, Kelmarin 60..Sebelumnya konsisten 80 Kematian.. Tak tahu jumlah kematian itu kalau kalau direndagkan untuk membuktikan Lockdown berjaya menurunkan Kematian..

2- Tapi ada petanda tak baik semalam bila jumlah Pesakit ICU dan yg dapat Dapat bantuan Pernafasan kembali meningkat semalam.. dari hari ini terbukti.. mengejutkan, Kematian dicatatkan 107 orang.. 2 kali ganda dari semalam..lebih teruk Kematian yg tinggi,Jumlah ICU dan hat dapat bantuan Pernafasan juga tinggi..

3- Itu aku sebut sebelum ini..bahaya jika saringan direndahkan jika hanya mahu dilihat kes Menurun, Ia akan memberi tekanan kepada KKM bila wabak tersebar dari kontak rapat mereka yang tidak disaring..Akhirnya wabak ini akan masuk dalam Komuniti.. 

SELEPAS KENA LONDEH OLEH NETIZEN BARU TIMB SPEAKER NGAKU DIA PIE MAKAN DURIAN



 Jangan ingat muka nerd, selalu mai usrah tak boleh menipu. 

Benda kalau dah dapat secara haram, bohong itu perkara biasa.

Masakan dia lupa bila last dia makan durian, unless kalau durian itu makanan ruji bagi dia sampai tak ingat yang mana satu.

Waktu rakyat tak cukup makan, nak cari rezeki halal pun kena halang, dia boleh melantak kenduri durian like there is no tomorrow; jangan katakan empati, common sense pun zero. 

Dia mengakupun lepas kantoi caught with his pants down. Dengan video, baju liverpool terbaru, tudung terbaru, mock cheque tarikh yang paling latest, tara macam itu pun dia ada audacity untuk membohong.  

Pastikan pengkhinat yang macam ini, PRU15 kita tolak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...