Friday, October 8, 2021

Pandora Papers nie natang paa..?


 1/3. Apa itu Kertas Pandora?

Penyiasatan Pandora Papers adalah kerjasama kewartawanan terbesar di dunia, yang melibatkan lebih daripada 600 wartawan dari 150 media di 117 negara. 

Penyiasatan ini didasarkan pada kebocoran rekod sulit 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang memberikan perkhidmatan profesional kepada individu kaya dan syarikat yang ingin menggabungkan syarikat shell, amanah, yayasan dan entiti lain dalam bidang kuasa rendah atau tanpa cukai. 

Entiti tersebut membolehkan pemilik menyembunyikan identiti mereka dari orang ramai dan kadang-kadang dari pengawal selia. Selalunya, penyedia membantu mereka membuka akaun bank di negara-negara dengan peraturan kewangan yang ringan. 

Data 2,94 terabyte, dibocorkan ke ICIJ dan dikongsi dengan rakan media di seluruh dunia, tiba dalam pelbagai format: seperti dokumen, gambar, e-mel, spreadsheet, dan banyak lagi.

Monday, October 4, 2021

BUKAN TUJUAN NAK MENGATA KAT PAS... TETAPI.... NAK AJAK BERFIKIR..!


 BUKAN TUJUAN NAK MENGATA.....TETAPI....
NAK AJAK BERFIKIR

Hari ni, saya nak senaraikan 18 isu yang diapi-apikan oleh PAS untuk menyerang pentadbiran kerajaan PH dan sebahagiannya semasa era BN memerintah dahulu.

Angka 18 adalah bersempena sejumlah 18 Ahli Parlimen parti itu dan setelah lebih 18 bulan PAS menjadi sebahagian anggota pentadbiran kerajaan persekutuan. Namun tiada satu pun isu yang mereka api-apikan itu berjaya ditangani malah menjadi 'pencacai' pula kepada kerajaan yang gagal realisasikan perjuangan mereka!

1. Isu judi. 

Konon semasa era PH dahulu mereka desak kerajaan supaya menghapuskan segala macam bentuk judi. Samada berlesen mahupun tidak. Konon mahu kaitkan PH dengan taukeh-taukeh judi. 

Sebaliknya apa yang berlaku? Ketika era PH ( Ada DAPbersama ).. cabutan judi dikurangkan dari 22 kali kepada 8 kali sahaja setahun. 

Di zaman PAS bersama MCA ( 2 KERUSI ) menjadi sebahagian kerajaan? Dinaikkan kembali jumlah cabutan judi kepada 22 kali setahun. Siapa yang 'bela' atau 'dibela' taukeh judi sebenarnya ni?

Saturday, October 2, 2021

PH DIKATAKAN SYAITAN MANAKALA PN & BN DIJADIKAN BOMOH..!


 Kisah sepasang suami isteri yang merasakan hidup mereka diganggu oleh makhluk ghaib. Sehinggalah di isteri jatuh sakit dan tak kunjung pulih, mereka mula berasa panik.

Satu hari, mereka pergi berjumpa dengan seorang bomoh yang dikatakan hebat dalam hal menghalau hantu dan perkara ghaib ini. Apabila sampai, si bomoh sahkan yang si isteri telah dirasuk. Bomoh pun cadangkan agar sesi berubat dijalankan serta merta kerana takut jadi semakin melarat.

Di hari pertama, si bomoh telah meminta si isteri berbaring dalam keadaan telanjang di dalam bilik ketika proses mengubat sedang suaminya diarah untuk tunggu di luar.

Friday, October 1, 2021

NAJIB HANTAM PM8 DALAM ISU RENOVATE SERI PERDANA RM30JUTA..!


 BAWA KELUAR PERABOT SERI PERDANA – INI JAWAPAN NAJIB KEPADA MAHIADDIN

La… tak sanggup percaya bahawa saya dijadikan alasan PM8 untuk meluluskan projek ubahsuai dan NAIK TARAF kediaman Seri Perdana.

Ceritanya begini.

Selepas kalah PRU14, saya dan keluarga saya diberikan masa beberapa jam sahaja untuk meninggalkan Seri Perdana sebab PM7 percaya bahawa ada banyak rahsia tersimpan di sana.

Tapi surat saya tidak dibalas.

Pada bulan Ogos 2019 (seperti lampiran), saya sekali lagi ulang surat untuk permintaan yang sama.

Setelah 14 bulan kemudian pada 21 Oktober 2020, Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru membalas dan menyatakan mereka bersetuju dengan syarat hanya senarai barang-barang termasuk perabot yang dapat dibuktikan adalah dibeli oleh saya dan bukan aset kerajaan dibenarkan.

Thursday, September 30, 2021

PEMANDU MABOK ZAMAN KERAJAAN MELAYU ISLE HANYA KENA HUKUM DENDA & BERKELAKUAN BAIK SHJ!


 Pemandu Mabuk Zaman PN hanya kena denda dan bon berkelakuan baik, cuma nak tanya mana suara pejuang Melayu Isley Wong, Vinoth dan Mopti Serba tahu? Zaman PH bukan main semua isu nak salahkan Mujahid.

Ini yang jadi masalah bila pertuduhan di bawah 302 KK sebab pembuktian bunuh itu sangat susah. Last sekali hukuman penjara pun terlepas. Patut dakwa atas akta JPJ ke, memandu secara melulu ke baru senang lekat penjara. 

Tapi nak buat macam mana, inilah keadilan kerajaan Melayu Isley. Demikianlah nasib khadam MCA...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...