Thursday, March 10, 2022

Hinanya Bangsa Johor pada PAS/PN


 [ PRN JDT 2022 ]

Hinanya Bangsa Johor pada PAS/PN

Mahyuddin, Ketua baru gabungan Pas & Gerakan pernah sebut sebelum ni.

Sebab sebenar rakyat wajib bangkit dan tolak Pas adalah kerana bagi diaPas adalah singkatan "Parti Ajaran Sesat" iaitu party yg membawa pemahaman Islam mengikut nafus politik sempit & kebencian sendiri semata. Bukan bersandarkan ajaran Islam sebebar yg dibawa oleh Rasulullah SAW.



Maka 10 tahun dia jadi MB Johor, dia berusaha ajak rakyat Johor bangkit tolak kesesatan itu. Masa dia dah tinggalkan Umno pun sama, seruan Mahyuddin kekal, wajib tolak party ajaran sesat Pas itu.

Sunday, March 6, 2022

"Kami dapat jugak 50 ringgit. Hat lawan dia tu, baik, tapi tak bagi apa pun"


 Seorang politikus Melayu, anak isterinya ada duit berbelas-belas juta dalam akaun. Belum lagi masuk duit dalam akaun politikus itu sendiri. Belum termasuk rumah, kereta, saham, hartanah dalam dan luar negeri.

Musim mengundi dia masuk 50 ringgit dalam sampul, tabur untuk orang kampung. Sekali-sekali buat kenduri di masjid. Politikus itu pun dipuji berjiwa rakyat. Dia pun menang pilihanraya.

Orang kampung yang hidup daif, dapat 50 ringgit tunai depan mata, itulah yang dijaja ke sana-sini. Habis semua anak cucu diberitahu, "Tadi tok wan dapat 50 ringgit, calon tu bagi. Baguih dia tu..."

Thursday, March 3, 2022

Najib ini penjenayah. Sudahlah mencuri, menipu pula.!


 SUDAH MENCURI, MENIPU PULA

Najib Razak telah diputuskan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kes seleweng RM42 juta wang SRC International dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM120 juta. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diakui dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya. Setakat ini, Najib Razak sah seorang penjenayah walau pun masih boleh berlegar merayau ke sana ke sini hingga berbahas di Dewan Rakyat tanpa malu.

Sudah la Najib diputuskan bersalah mencuri duit SRC International, sanggup pula dia menipu di Dewan Rakyat berkaitan 1MDB yang dia jadikan lubuk curi duit.

Kata Najib, Kerajaan tidak bayar sesen pun hutang 1MDB menggunakan duit rakyat. Najib rasa dan anggap semua rakyat Malaysia bodoh lagi bengap macam melayu Umno dan lebai Pas yang sokong dia. Silap Najib. Tak semua orang bodoh dan boleh ditipu Najib.

Monday, February 28, 2022

MENJAWAB FITNAH PAS ISU PENJAGAAN ANAK


 MENJAWAB FITNAH PAS ISU PENJAGAAN ANAK 

1. Saya ada terbaca kenyataan PAS Kawasan Permatang Pauh yang disiarkan oleh lidah rasmi PAS Harakah bertajuk “YB Pmtg Pasir buktikan diri boneka DAP” di pautan..

 https://harakahdaily.net/index.php/2022/02/24/yb-pmtg-pasir-buktikan-diri-boneka-dap/ 

berhubungg kenyataan saya berkaitan isu kontroversi penjagaan anak melibatkan Pn Loh Siew Hong. Saya menegaskan bahawa kenyataan oleh PAS tersebut adalah fitnah dan berniat jahat.

2. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kenyataan saya pada 16 Februari lalu adalah bagi memberikan pandangan undang-undang hari ini bahawa penukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur 18 tahun memerlukan kebenaran kedua-dua pihak iaitu ibu dan bapa. Oleh itu, penukaran satu pihak oleh ibu atau bapa (unilateral conversion) tidak dibenarkan dan boleh dibatalkan oleh mahkamah. Di mana salahnya kenyataan tersebut? 

Saturday, February 19, 2022

Cerita Seram - BN PN buat undang-undang negara macam bapak mereka yang punya..!


 Cerita seram di hari minggu
JIKA TIDAK WARAS JGN BACA

Saya tak tahu la cerita ini benar2 seram atau kelakar seram. Tapi memang tak boleh tidur malam punya cerita sb di Uganda pun tak berlaku macam ini.

Kes 1: Muhyiddin kata sewaktu beliau menjadi PM, Zahid telah bertemu dgnnya membawa fail bertimbun timbun. Rupanya fail mahkamah Zahid. Zahid minta tolong dkt Muhyiddin sb katanya dia tak bersalah….

😂😂😂 Kalau tak bersalah kau berjawablah dgn Hakim bukannya dgn PM. Ini kes mahkamah bukan kes jawatan Menteri… tapi itulah tanahair ku.

Kes 2: Dibalas oleh Mohd Razlan dari UMNO, sewaktu Muhyiddin dilucutkan jawatan sebagai TPM, Muhyiddin menangis menghubungi Zahid agar dirinya tidak ditangkap kerana pecah amanah. 

😂😂😂 Pemimpin2 ini buat undang2 negara ini macam negara ini bapa mereka punya. Boleh berunding sesama mereka. Seram beb…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...