Monday, August 1, 2022

SOSMA.. DULU BANTAH SEKARANG SOKONG..!


 BAHAYANYA POLITIK AGAMA.

Oleh : Jamaludin Md Isa

Bolehlah jika dikatakan manipulasi politik.Kepada saya ianya satu kepelikan.Bila berada di kandang berlawanan semuanya apa yg dibuat oleh pihak lain dikatakan tidak menepati syariat.Kami lawan dikatakan bercanggah dengan hukum. 

Tetapi bila mereka bersekongkol dan sekedudukan sekandang jadi lain pulak.Tafsiran adalah disebalik.Ianya dikatakan pula sudah menepati syariat Islam.

Lazimnya ijtihad inilah yg berlaku. Kalau dahulu dikatakan tidak menepati kehendak islam dan wajib berlawan kerana cuma perbezaan letak duduk mengikut kem masing masing.Walahal sesatu perkara itu sama.Dulu dan sekarang.Tapi bila sekandang o.k memenuhi syariat.Nampaknya semacam mudah sangat bila menghukum.Yg peliknya bilamana semua hukum hukum akan memihak ke satu pihak shj . Gambarannya kem yg kita duduk benar belaka dari sudut menghukum.Yg berlainan salah belaka.

Baginilah amat merbahayanya politik agama.Berhati hati dan fikir .......fikirlahhh.

Jamaludin Jamalu

PH PN BN.. BENARKAH MELAYU ISLAM SEMAKIN TERANCAM..?


 

Wednesday, July 27, 2022

Apakah Najib cari talian hayat pecat Shafie lantik Zaid..?


 PH perlu sambung MoU utk elak mudarat lebih besar

Najib cari talian hayat pecat Shafie lantik Zaid
RUU LOMPAT PARTI STRATEGI BARU ISMAIL?

Seperti dijangka ramai pihak, Najib akn berusaha ‘buy time’ atau melengahkan masa mahkamah utk mengelakkan dirinya dari dibawa ke penjara Sg Buluh. Nyata telahan itu tepat apabila Najib memecat Peguam Syafie dgn melantik Zaid.

Tak perlu ulas mengapa sb kita semua dah tahu apa niat di sebalik pemecatan tersebut. Kluster Mahkamah dlm mereka ‘buy time’ masa mahkamah tapi dlm masa sama mereka menekan Ismail Sabri utk membubarkan Parlimen dgn kadar segera.

Tidak cukup dgn itu UMNO telah menghantar surat kpd ROS memaklumkan parti itu telah meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Ini semua bagi memastikan kedudukan Zahid sebagai Presiden terjamin. Pelbagai cara atau tekanan dilakukan kpd Ismail Sabri malah dlm PAU yg lalu Ismail tidak dilayan seadanya sebagai PM.

Tuesday, July 19, 2022

RM5 juta untuk promosikan Keluarga Malaysia?


 RM5 juta untuk promosikan Keluarga Malaysia? 

Perbelanjaan RM5juta di katakan untuk penyediaan bahan kreatif, video pendek, audio, percetakan, media sosial dan billboard. 

Banyak persoalan saya mengenai bajet ini. 

Patut kah kerajaan perbelanjakan wang sebanyak ini?

Dalam keadaan ekonomi yang tenat dan juga bila kos sara hidup yang tinggi, perlu ke kita perbelanjakan wang sebanyak ini demi propoganda kerajaan?


RM5j tu bukan lah sikit. 

Perbelanjaan duit rakyat ini, kena lah berhemah. Bayangkan berapa banyak keluarga yang boleh di tolong menggunakan duit sebanyak ini. 

Saturday, July 16, 2022

ASET PETRONAS DISITA: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BERMULA DI ZAMAN NAJIB

ZAMAN NAJIB DAH MAKLOM DAH

 Dari Rafizi Ramli
15 Julai 2022

ASET PETRONAS DISITA:
TINDAKAN UNDANG-UNDANG BERMULA DI ZAMAN NAJIB

Sejak berita mengenai tindakan waris Kesultanan Sulu menyita aset PETRONAS tersebar, Dato’ Seri Najib Tun Razak bertubi-tubi menyerang kononnya ia berpunca dari kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan.

Lebih jahat lagi, beliau mengalihkan pandangan rakyat kepada bekas Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membina persepsi perkauman kononnya pentadbiran Pakatan Harapan melantik tokoh bukan Melayu yang akhirnya menggadaikan kedaulatan negara.

Ini permainan persepsi yang cuba dimainkan oleh Najib untuk dua tujuan:

Pertama, untuk terus memainkan politik perkauman menjelang Pilihanraya Umum 15 (PRU).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...