Sunday, October 23, 2022

Kegagalan PH 22 bulan kini berada dalam gabungan PAS/PN.


 Kegagalan PH 22 bulan kini berada dalam gabungan PAS/PN.

1. Janji tangguh bayaran PTPTN?
- Pengerusi PTPTN di zaman PH kini dalam PN bersama PAS.

2. Mahu ratifikasi ICERD?
- Menteri yang urus ICERD di zaman PH kini dalam PN bersama PAS.

3. Idea kereta terbang?
- Menteri yang beri cadangan kereta terbang kini dalam PN bersama PAS.

4. Gagal selesai isu Adib?
- Menteri yang jaga KDN kini jadi pengerusi PN bersama PAS.

5. Jual aset negara?
- Menteri yang jaga ekonomi PH kini dalam PN bersama PAS.

KEGAGALAN 31 BULAN PN BN MENTADBIR MALAYSIA


Sejak 1 Mac 2020, PN BN ternyata gagal mentadbir Malaysia ke arah pelbagai aspek kemajuan untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyatnya.

Diantara kegagalan PN BN yg utama :

> Lebih 30,000 perniagaan ditutup sejak Mac 2020. Dari jumlah itu, 9,000 adalah perusahaan kecil hingga sederhana (IKS).

> Kadar hutang negara RM1.3 trilion kian meningkat berbanding KDNK.

> Petronas, selepas cukai, mencatatkan kerugian bersih RM21 bilion, menjunam 78% untuk tahun kewangan Syarikat Petroleum negara 2020, berbanding keuntungan bersih RM40.5 bilion pada tahun 2019, era PH

Wednesday, October 19, 2022

UMNO TAWARKAN KESTABILAN & KEMAKMURAN ATAU NAK MENYAKAU SEMULA?


 KESTABILAN

1. Orang politik cakap dengan kita, kalau negara nak stabil, politik kena stabil dulu. Maka ada parti nak #PRUBanjir kerana nak politik negara stabil. Itu kata mereka. 

2. Lepas stabil barulah boleh negara jadi makmur, kata penyokong mereka pula. “Kestabilan dan Kemakmuran” moto yang diguna.

3. Pegangan saya jelas. Saya bekas pengundi UMNO sejak 20 tahun dulu. Saya tukar masa PRU14 kerana nak jatuhkan Klepto. Kalau UMNO cuci parti, saya boleh bagi undi kembali. Tapi ini tak terjadi. Klepto masih berkuasa lagi. Mereka boleh control Perdana Menteri. 

Sunday, October 16, 2022

SIAPA SEBENARNYA TERLIBAT DALAM KECURIAN REE DI BUKIT ENGGANG ?


 15 Okt 2022 | Sabtu

SIAPA SEBENARNYA TERLIBAT DALAM KECURIAN REE DI BUKIT ENGGANG ?

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Okt 2022 telah mendedahkan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang. Pendedahan ini hanya dibuat setelah berlaku kemalangan lori yang membawa REE keluar dari Bukit Enggang dengan sebuah kereta sebaik sahaja keluar dari jalan masuk ke Bukit Enggang.

Driver lori tersebut di siasat dan telah di kenakan kompaun sebanyak rm 130,000.00 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah kerana menceroboh dan melakukan aktiviti yang dilarang dalam kawasan hutan simpan.

Sementara itu masih tidak ada apa-apa tindakan diambil di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkaitan dengan perlombongan haram dan kecurian unsur nadir bumi ini .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...