Saturday, December 3, 2022

Maaflah MUHYIDDIN.. ini Kerajaan Perpaduan bukan kerajaan PH..,


 KENYATAAN MEDIA

Menjawab Tan Sri Muhyiddin

Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melemparkan fitnah dan tuduhan yang keterlaluan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan ini yang telah dilantik dan dibentuk di atas titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Mungkin Tan Sri Muhyiddin lupa, tetapi ini bukan lah Kerajaan Pakatan Harapan di mana Perdana Menteri boleh melantik sesiapa yang dia ingini. Ini adalah sebuah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk secara bersama, di mana dasar atau keputusan penting akan dibuat secara musyawarah, termasuk dalam isu pelantikan Jemaah Menteri.

Ini satu perubahan penting bagi mengelak kesilapan yang berlaku dalam setiap pentadbiran sejak 2018, di mana pelantikan Jemaah Menteri seringkali dibuat bukan mengikut saluran pimpinan utama parti. Pada ketika itu, kita saksikan kelompok-kelompok Kartel dalam parti dipersenjatakan (weaponised) lalu mewujudkan keadaan “parti dalam parti” (party in a party) yang akhirnya merosakkan kestabilan politik dalaman parti.

Wednesday, November 30, 2022

Peristiwa luar dari kebiasaan berlaku pd Malaysia untuk tempuh 5 hari...



Beberapa peristiwa luar dari kebiasaan berlaku pd Malaysia untuk tempuh 5 hari:-

1. Perdana Menteri Sukarela (tanpa gaji).
2. PM tanpa apa2 ubahsuai pejabat (kerja membazir) guna apa yg sedia ada termasuk kereta rasmi.
3. PM membuat sidang akhbar pertama dgn kehadiran rakyat TANPA baca teks atausalinan PDF (spontan).
4. PM mendapat ucapan tahniah bertubi2 dari dalam dan luar negara dari pelbagai lapisan rakyat dan pemimpin negara termasuk dr Kesatuan Ulamak Sedunia dan Palestin.
5. Sultan Brunai yg 3 tahun tak datang Malaysia tiba2 berkunjung hormat khas utk berjumpa PM10.

Muslimah PAS Pusat dah sampai ke tahap buat ads main sentimen ANWAR & ISRAEL..!


 Kali ni aku takdak kesian dah. Muslimah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat dah sampai ke tahap buat ads main sentimen Israel. Nak main jahat sangat kan?

Sekali Allah tunjuk terang-terang mainan adu domba hampa 

Nampak ads tu dibayar oleh Muslimah PAS Terengganu. Terang-terang keluar nama mung Wida Shahnaz Mokhsin. Tapi aku masih ada hati perut, aku blurkan muka keluarga hang.

Lagi aku geram mak mentua aku di kampung kat Kelantan bagitau wife aku, dia risau macam-macam yang tak masuk akal sebab mainan hampa ni.

Hampa takdak rasa malu ka? Takdak rasa berdosa fitnah orang? Rasa suci confirm masuk syurga?

Muslimah PAS Pusat dah sampai ke tahap buat ads main sentimen Israel dengan PM10!


 Kali ni aku takdak kesian dah. Muslimah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat dah sampai ke tahap buat ads main sentimen Israel. Nak main jahat sangat kan?

Sekali Allah tunjuk terang-terang mainan adu domba hampa 

Nampak ads tu dibayar oleh Muslimah PAS Terengganu. Terang-terang keluar nama mung Wida Shahnaz Mokhsin. Tapi aku masih ada hati perut, aku blurkan muka keluarga hang.

Lagi aku geram mak mentua aku di kampung kat Kelantan bagitau wife aku, dia risau macam-macam yang tak masuk akal sebab mainan hampa ni.

Hampa takdak rasa malu ka? Takdak rasa berdosa fitnah orang? Rasa suci confirm masuk syurga?

Saturday, November 26, 2022

DAP PERLU MOHON MAAF KEPADA ORANG ISLAM MALAYSIA, TAPI SEBUTLAH ATAS KESALAHAN APA?


 DAP MINTAK MAAF

Mufti Perlis khabarnya memohon agar DAP meminta maaf kepada orang Islam Malaysia ekoran permohonan maaf Setiausaha Agung dan Pengerusi DAP kepada warga Sarawak. Kata Mufti permohonan maaf oleh DAP kepada orang Islam boleh mengendurkan rasa tidak puashati orang Islam terhadap DAP.

Secara peribadi aku bersetuju dengan permohonan maaf tetapi permohonan maaf mestilah atas keinsafan setelah melakukan kesilapan.

Masalah aku ialah apakah salah silap DAP terhadap orang Islam di Malaysia? Mufti tersebut juga tidak sebut apakah kesalahan DAP kepada orang Islam. Apa yang DAP telah lakukan terhadap orang Islam sehingga DAP perlu memohon maaf?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...