Thursday, May 11, 2023

126..TUKAR atau TIDAK..!


 TUKAR

Ada kawan2 di kedutaan, yang dok text saya sepanjang 2 minggu ini. Tanya2 pasal gossip politik. Ada juga sahabat berlainan parti tetiba tanya khabar. Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya? 

Jawapan saya standard, ”not in the near future”. Ini semua psywar saja. 

Kenapa? 

1. Sejak ada pindaan Perlembagaan mengenai lompat parti, pihak Istana takkan terima personal SD (iaitu dokumen sokongan MP untuk lantik Perdana Menteri). Setiap sokongan kepada Perdana Menteri perlu dibuat melalui parti. 

NB- ini saya akan buat posting undang2 mengenainya sebentar lagi. 

2. Kalaupun nak tukar PM, kena buat undi tidak percaya di lantai Dewan Rakyat. Pihak Pembangkang perlu masukkan usul 2 minggu sebelum Parlimen bermula. Maknanya usul dah perlu masuk minggu ini. 22hb Mei akan bermula. Tapi apa pun tak dibuat lagi. 

3. Kita dengar nak tumbangkan Kerajaan sejak awal penubuhan Kerajaan Madani lagi. Mula2 Hadi kata dalam masa 3 bulan. Nothing. Pastu katanya sebelum bulan puasa. Nada! Alih2 ada yang kata ada yang nak letak jawatan 5 Mei, nothing juga. Ini sembang “a boy who cried wolf” namanya. 

APA LAGI YG TIDAK KENA DGN ANWAR?


 Melayu, Cina, India, Dusun, Iban…musuh kita yg sama
APA LAGI YG TIDAK KENA DGN ANWAR?

Tuan Guru Nik Aziz pernah bertanya kenapa membenci Anwar. Begitulah juga saya tertanya tanya apa salah Anwar mentadbir negara ketika ini?

1.Anwar tidak mencuri duit rakyat? Dari zaman Mahathir, Pak Lah, Najib, Muhyiddin dan Ismail Sabri tidak ada satu sen duit rakyat atau sekaki tanah rakyat dicuri hingga beliau boleh didakwa ke mahkamah.

2. Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri menolak kontrak melibatkan abangnya. Membatalkan pemberian beribu ribu ekar tanah di Sabah yg diberikan kpd bapanya dgn alasan rakyat lebih memerlukannya.

3. Anwar lawan utk bela rakyat miskin. Anwar suruh Tan Sri Syed Mothar berikan wang ratusan juta ringgit kepada petani2 miskin. Anwar tidak melindungi tauke2 besar tetapi konsisten membela nasib org2 miskin.

4. Anwar tunaikan perjanjian MA63 yg sudah lebih 50 tahun tidak ditunaikan. Katanya, “Kita dalam dunia politik berpegang kepada prinsip Al Quran bahawa perjanjian itu harus dipegang dan ditunai, jadi saya pegang prinsip itu.” 

Wednesday, May 10, 2023

KISAH SEDIH SIASATAN DIRAJA MATA LEBAM ANWAR


 KISAH SEDIH SIASATAN DIRAJA MATA LEBAM ANWAR 

Photo yang wajib diletakkan dlm Sejarah Negara
ANWAR BERTANYA ADAKAH ANAK2NYA SUDAH PULANG

Kata Lokman Adam, beliau mengalirkan air mata ketika melihat scene akhir filem Anwar Untold Story iaitu wajah mata lebam Anwar Ibrahim yg mencentus kebangkitan gelombang reformasi.

Hanya 10 saat sahaja masa yg ada utk Anwar mengalihkan wajahnya utk tatapan jurugambar media dari jarak jauh telah mendatangkan hasil. Gambar itu benar2 mencetuskan fenomena yg luar biasa.

Stiker wajah mata lebam itu saya lekatkan di cermin kereta. Malah logo Parti Keadilan Rakyat adalah simbolik daripada mata lebam Ds Anwar Ibrahim.

Monday, May 8, 2023

PN IBARAT ‘SCAMMER’ SKIM CEPAT KAYA


 Kerajaan Perpaduan akan kekal hingga habis penggal

PN IBARAT ‘SCAMMER’ SKIM CEPAT KAYA

Buat rakyat Malaysia, buat ahli parti, buat penyokong kerajaan dan pemimpin kerajaan perpaduan… percayalah kata2 PMX, Insyallah kerajaan Perpaduan ini akan kekal habis penggal dan tiada apa yg perlu digundahkan.

Seperti kenyataan saya dahulu pemimpin PN ibarat ‘scammer’ skim cepat kaya. Menjanjikan pulangan lumayan dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan agar dpt menipu pelabur utk terus setia dan melabur dgn skim cepat kaya tersebut.

JAMUAN RAYA PAS.. 100% dana politik dengan 3000 jenis juadah..!


 Eishhh meriahnya jamuan raya parti PAS yg diadakan di KOMPLEK PAS KEDAH BATU 9 baru² ini sehingga mengujakan penyokongnya membandingkan dengan program jamuan raya yang diadakan Kerajaan Persekutuan...

Part 1 :


Lebai PAS memang lemah matematik ke apa? Padan 74 pun mereka kata lagi besar dari 82, bahana makan banyak sangat ikan seluang. 

Kalau satey 18k, dah pengunjung 50k, makna satu cucuk satey kena kongsi dengan 2.7 orang. Pernah tengok satu cucuk satey kongsi 2 orang? Logik letak mana? Average satey orang makan 10 cucuk, jadi untuk 50k pengunjung, kena ada setengah juta cucuk satey. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...