Friday, November 29, 2019

Pesanan Ikhlas Untuk Pemimpin dan Menteri PH yang ada sifat bodoh sombong!


Ada Menteri yang sibuk bicara soal Kereta Terbang, Ada Timbalan menterikan katakan Kenaikaikan harga minyak, tidak akan menjejaskan rakyat..

Ada Timbalan menteri memberikan alasan ketiadaan ahli parlimen didalam dewan Rakyat kerana Kesejukan.. manakala ada Ahli Parlimen memberikan alasan keletihan...Mungkin kata kata Menteri itu benar, tapi kurangnya kebijaksanaan..

Ada Timbalan Menteri yan sibuk Post sinis kepada rakan parti lamanya di Facebook.. Ada Menteri berlawan komen di Twitter, Sehingga mereka ini tidak dapat bezakan kedudukan depa sebagai Menteri dengan masyarakat awam apalagi seorang pemimpin biasa... Bukan hanya gagal mengurus pentadbiran, hatta mengurus Persepsi awam..

Soal Jawab Isu Solat Subuh Lewat 8 Minit di Selangor


S1: Kenapa tiba-tiba waktu solat subuh di Selangor dilewatkan?

J1: Ia berdasarkan penemuan dari kajian oleh Jakim, yang diketuai oleh Universiti Malaya dan dianggotai oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan yg lain. Kajian ini mendapati bahawa waktu bermulanya fajar sadiq, iaitu waktu bermulanya subuh, berlaku pada sudut matahari berada di kedudukan 18⁰ di bawah ufuk. Ia berbeza dengan waktu yg digunapakai sebelum ini iaitu pada sudut matahari 20⁰. Jadi ia perlu dilewatkan.

S2: Kenapa lewat 8 minit?

J2: Sudut matahari pada fajar sadiq diubah dari 20⁰ ke 18⁰. 20⁰-18⁰ = 2⁰. 1⁰ mewakili 4 minit. Oleh kerana beza 2⁰, perbezaan waktu ialah 8 minit.

S3: Kenapa Selangor sahaja yang ubah?

J3: Ia akan dilakukan oleh negeri lain bila tiba masanya. Sedikit latar belakang:
Hasil kajian telah dibentangkan di Jawatankuasa Penyelidikan Fatwa Jakim. Laporan kajian ini diterima sebulat suara oleh jawatankuasa tersebut. Peringkat seterusnya, laporan akhir kajian ini dibentangkan di Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam (MKI) pada 20.11.2019 lalu. Laporan kajian yg dibentangkan di peringkat MKI dipersembahmaklumkan kepada DYMM Sultan atau Raja negeri masing-masing. Justeru, pihak negeri dengan kuasa undang-undang yg ada berhak mengumumkan keputusan berkenaan di peringkat negeri masing-masing. Selangor telah membuat pemakluman lebih awal dari negeri lain iaitu pada hari ini 28.11.2019 dan mengumumkan tarikh kuatkuasa pada keesokannya iaitu pada 29.11.2019

Peringatan kepada kerajaan PH bahawasanya ramai musuh dalam selimut sedang berkeliaran dalam kerajaan


PERINGATAN YG PERNAH DIBERIKAN...

1) Sesungguhnya saya sudah tidak punya byk ruang masa utk menulis, mengkritik atau mengulas isu melibatkan politik mahu pun pentadbiran kerajaan PH. Malah sudah bosan dgnnya dan sekadar mahu melihat PH melaksanakan apa yg perlu mereka lakukan.

2) Namun 2 hari lalu, ada shbt yg whatsapp berita di bawah pd saya. Mulanya saya berdiam diri. Tapi bila dibaca semula, ia bukanlah perkara baharu bg saya kerana saya sudah berkali2 dan telah lama beri amaran, peringatan tentang "Deep State" serta sabotaj oleh pegawai2 kerajaan ini.

3) Amaran dan Peringatan paling awal pernah saya berikan kpd shbt2 dr sebuah parti yg mengadu tentang situasi kelamkabut sewaktu perlantikan pegawai2 di pejabat Menteri dan Timbalan Menteri, sebelum kabinet berfungsi sepenuhnya. Bygkan bilakah waktu yg saya maksudkan itu? Sgt lama.

Thursday, November 28, 2019

PEJUANG RAKYAT APA NAMANYA KALAU BEGITU MUDAH ALAH KEPADA KELETIHAN DAN KESEJUKAN?


Untuk kesekian kalinya, isu ketidakhadiran Ahli-Ahli Parlimen kerajaan ketika persidangan Dewan Rakyat terus berlaku lagi.

Ketika sesi kali ini saja sudah beberapa kali loceng terpaksa dibunyikan berikutan kehadiran tidak cukup kourum sehingga Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut memberi teguran mengenainya, baru-baru ini.

Apabila ia terus berlaku lagi, meskipun selepas teguran dibuat, bermakna teguran Perdana Menteri tidak memberi apa-apa erti bagi mereka.

Dalam hal ini, meskipun teguran Perdana Menteri berkenaan ketidakhadiran itu penting untuk diberi perhatian, tetapi yang lebih penting lagi ialah persepsi atau penilaian rakyat tentang sikap Ahli-Ahli Parlimen kerajaan tersebut.

Wednesday, November 27, 2019

Senyap-Senyap Harga Saham FGV Naik 100%

TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Senyap-Senyap Harga Saham FGV Naik 100% - Majalah Labur

Mesti terkejut kan baca tajuk di atas? Saham FGV bukan dah ke laut ke? Oh ya, dulunya ia dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings, sebelum ditukar ke nama sekarang iaitu FGV Holdings.

Kalau diikutkan:

Harga saham FGV Holdings 14 Disember 2018: RM0.64

Harga saham FGV Holdings 26 November 2019: RM1.31

Kenaikan: +RM0.67 atau +104.69%

Sumber:
Bursa Marketplace

Apa Punca Kenaikan Harga Saham FGV Holdings?

Mesti nak tahu apakah puncanya harga saham FGV Holdings ini naik secara mendadak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...