Monday, October 31, 2022

Tindakan AMANAH mengecewakan...:!


 TINDAKAN AMANAH SGT MENGECEWAKAN…

Di saat anak muda secara majoriti memilih PKR dan Muda utk mengundi… Amanah pula buat hal. Maaf menegur, saya lebih memihak Pengerusi Amanah Kedah, Pahrolrazi kwsn Melayu luar bandar sukar terima DAP walau 100 thn lagi. 

Pahrolrazi sgt realistik dlm soal ini. Jangan beri peluru kpd musuh yg akn memainkan isu kononnya Amanah ini tunggangan DAP. Mengapa beliau dipecat?

Skg baru saya percaya tindakan Yb Fakhrulrazi Meru berhijrah dulu tepat. Anak muda ini sepatutnya menjadi pimpinan utama pelapis Amanah. Mana tidaknya Husam Musa, Nik Omar dan Tarmizi Mohd Jam juga bertanding atas parti komponen. 

Faktor JERAI menjadi langkah Anwar ke Putrjaya menjadi sumbang!

 Faktor JERAI menjadi langkah Anwar ke Putrjaya menjadi sumbang!

BN Umno

PN Pas

PH Dap

PEJUANG

Agak hgpa dengan isu yg berlaku.. pengundi PH nak pie pangkah sapa...?

Buat masa skrg isu PH Dap sedang hangat.. pengundi PH yang melayu sudah pasti belom boleh terima hakikat berkenaan Dap kerana faktor persekitaran dan faktor hasutan Umno Pas berkenaan Dap sudah pasti ramai menjadi fobia kepada Dap..

Apa muslihat DAP & AMANAH.. Antara Jerai Dan Tanjong Pial


 Antara Jerai Dan Tanjong Pial

Parlimen Jerai dan Tanjong Pial kerusi yang telah diperuntukan oleh pakatan harapan kepala Amanah.

Parlimen Jerai diserahkan kepada Dap dengan alasan Amanah telah diberikan parlimen Alor Gajah oleh dap.

Parlimen Jerai mempunyai 82% melayu Dan 18% bukan melayu. 

Manakala tanjong Pial pengundi melayu 58% Dan Bukan melayu 41%

Secara logiknya kerusi sangat sesuai untuk Dap tandingi adalah tanjong Pial kerana pengundi bukan melayu sangat tinggi. 

Sunday, October 30, 2022

APAKAH PH SEDANG MEMBUAT PERCUBAAN BUNUH DIRI DI JERAI


 CUBAAN BUNUH DIRI DI JERAI

Mutakhir, kedengaran makin jelas bahawa DAP akan meletakan calon Melayu di Parlimen Jerai utk Pru kali ini.

Sosok calon pun sudah kelihatan dgn jelas dan bukan bayangan lagi. Begitu tegas dan bersungguh DAP utk meletakan 'Ayam Sabunganya' dari baka Melayu di Parlimen Jerai buat pertama kalinya dlm sejarah.

Perebutan dan perbalahan kerusi Parlimen Jerai diantara parti Amanah dan Dap sudah sampai ke kemuncaknya apabila parti Amanah dikatakan akan mengistiharkan 'Boikot' Pru diseluruh Kedah.

Pertelingkahan Dap dan Amanah pastinya akan memberi kesan buruk kepada PH pada keseluruhanya. Sudah tentu PKR juaga akan terkena tempias dan biangnya.

Jerai mejoritinya pengundi Melayu, tindakan drastik DAP seakan mengantung diri sendiri di Jerai. Di kala momokan DAP anti Melayu anti Islam masih memuncak di kalangan org Melayu, adalah tidak wajar DAP melakukan cubaan "Berani Mati' ini dgn meletakan calonnya di Jerai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...