Friday, June 23, 2023

FITNAH.. MINTAK MAAF.. SELESAI..! MANA BOLEH SELESAI.. SAMAN SAMA DEPA..!


 FITNAH.. MINTA MAAF.. SELESAI?

Semalam seorang Adun Parti Islam telah memuat naik suatu tulisan di facebook milik beliau yang mengatakan Perdana Menteri melantik YB Seputeh Teresa Kok sebagai Pengerusi baru Felda.

Felda menafikan perlantikan, justeru Adun tersebut meminta maaf dan menyatakan tulisan dan siaran tersebut dibuat oleh admin yang menguruskan facebook tersebut.

Adakah tulisan tersebut fitnah? Untuk mengetahui sesuatu tulisan itu fitnah atau tidak, perlu lihat kepada tiga (3) asas utama iaitu :

a) Adakah kata-kata tersebut mempunyai unsur-unsur fitnah?

b) Adakah kata-kata merujuk dan/atau ditujukan kepada Plaintif?

c) Adakah kata-kata dikeluarkan dan/atau diterbitkan oleh Defendan?

A) Adakah kata-kata (siaran) tersebut mempunyai unsur fitnah?

MAHKAMAH tolak tuntutan PAS batal saman MUJAHID.. siap kena bayar kos RM3000 lagi..!


 Permohonan PAS Untuk Batal Saman Mujahid Ditolak. Mahkamah Perintah PAS Bayar Kos RM3000 Kepada Mujahid. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini, 21 Jun, 2023 telah menolak Notis Permohonan yang difailkan PAS bagi membatalkan Saman fitnah Naib Presiden Amanah, Dato Seri Dr Mujahid Yusof. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Ahmad Shahrir bin Mohd Salleh, selanjutnya memerintahkan PAS membayar kos kepada Mujahid RM3,000.00. 

Peguam Mujahid, Noorazmir bin Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir ketika dihubungi mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini dan berkata kes ini akan diteruskan dengan Perbicaraan Penuh pada tahun 2025. 

Thursday, June 22, 2023

MAINAN PERSEPSI JAHAT DARI HARAKAHDAILY.. AMBIL GAMBAQ PIPE AYAQ DI JEPUN GAMBARKAN MACAM DI SELANGOR!


Inilah mainan persepsi.. alangkah jahatnya penulis harakahdaily dimana mengambil gambaq pipe ayaq di JEPUN dan edit seoalah ianya berlaku di SELANGOR..

Benda macam nie dahulu puak UMNO BN yg dok buatnya tapi sekarang depa tu pon dah tinggai benda tak elok macam nie tapi puak PAS pulak dok siarkan cerita persepsi nie..

Takan parti yg ngaku ISLAM buat benda yg ada tipu macam nie.. dimanakah rasa tanggungjawab atas apa yg disiarkan...

Tok Adi



 

Wednesday, June 21, 2023

Serangan terancang 'KAPITALIS UMNO' ke atas Rafizi Menteri Ekonomi. Kenapa. ? Mengapa. ? Bagaimana. ? Bila. ?


 Serangan terancang 'KAPITALIS UMNO' ke atas Rafizi Menteri Ekonomi. Kenapa. ? Mengapa. ? Bagaimana. ? Bila. ? Siapa ❓❓❓

INTRO
PMX , Kerajaan Perpaduan sedang bergerak dalam membina STRUKTUR EKONOMI yang baru , sebagai salah satu fokus utama , selain berperang dengan PERASUAH , pembasmian KEMISKINAN.

KERANGKA EKONOMI yang baru fokus kepada Ekonomi DIGITAL , TENAGA DIPERBAHARUI , START UP INDUSTRY , EV dan lain² yang memungkinkan negara menuju status pendapatan tinggi.

Ini semua telah dan sedang dirangka Menteri Ekonomi Rafizi RAMLI dan Kerajaan Perpaduan , katanya dengan data² @DOSM , ia merupakan KEKAYAAN baru ekonomi negara. 

25 tahun , pasca 02Sept 1998 Struktur ekonomi negara lebih berasaskan kepada perindustrian , semikonduktor , elektronik , buruh dan konvensional yang sudah ke arah tahap tepu dan tidak produktif lagi.

AKIBAT TIDAK ISTIQOMAH.. PERCATURAN PAS EN.HADI SENTIASA KE LAUT


 PERCATURAN PAS EN.HADI SENTIASA KE LAUT

1) Ketika momentum rakyat semakin kuat bersama Pakatan Rakyat, En.Hadi memilih untuk keluar dari PR. Mulanya En.Hadi mahu bersendirian kerana baginya bersendirian itu kuat. Tiba PRU14, PAS kalah teruk. Ke laut sudah. 

2) Kemudian PAS bersama UMNO dalam Muafakat Ummah. Ketika bersama UMNO, mereka berjaya membina momentum orang Melayu menerusi RUU355 dan ICERD. Suatu gelombang baru yang agak menjolok mata.

3) PAS akhirnya berjaya membentuk kerajaan tebuk atap tanpa pilihanraya bersama UMNO & BERSATU. Kerajaan tidak stabil & tidak perform.

4) Permainan dua kolam PAS bersama BERSATU dihidu tidak disenangi UMNO. Maka PAS ditendang keluar. Muafakat Ummah hancur. Ke laut lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...