Sunday, February 11, 2018

Apa motif sebenar UMNO perkenal undang-undang ‘berita palsu’?

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baru berhubung gejala berita palsu yang didakwa boleh mengancam kestabilan politik, ketenteraman awam dan keselamatan negara hanya menimbulkan lebih banyak persoalan.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, walaupun Ahli Parlimen Pakatan Harapan boleh bekerjasama mencari jalan terbaik menangani gejala tersebut, tindak tanduk UMNO-BN mempergunakan alasan ‘berita palsu’ untuk meraih lebih banyak kuasa yang hak demokratik rakyat tidak boleh dibiarkan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman baru-baru ini yang mahu peruntukan sedia ada di teliti “untuk menangani ancaman baharu yang bukan sahaja diterbitkan dalam bentuk cetakan dan penyiaran, malah juga dalam platform media dalam talian.”

“Bolehkah Azalina menjelaskan apa maksud beliau tentang ‘keselamatan negara’ apabila DAP sebagai parti yang sah terpaksa berdepan dengan konspirasi untuk diharamkan?

“Azalina juga tidak mampu menjawab apabila pihak berkuasa seperti Pejabat Peguam Negara, Polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia lalai dan gagal membendung sejumlah pembohongan yang tentera siber UMNO-BN terhadap DAP dan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara lain katanya ialah serangan bertali-arus tentera siber upahan UMNO-BN yang menjaja berita palsu mendakwa DAP sebagai sebuah parti yang anti-Melayu, anti-Islam dan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

“Ini termasuk dakwaan kononnya DAP memperuntukkan RM100 juta hingga RM1 bilion untuk membiayai Red Bean Army (RBA) melibatkan 3,000 cubertrooper yang beroperasi di Hotel Concorde, Kuala Lumpur untuk menyerang UMNO.

“Dakwaan palsu terbaru termasuklah kononnya saya sedang koma dan nazak di sebuah hospital di Singapura,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...