Sunday, February 11, 2018

MSONews : Misteri Stesyen Petronas Milik Koperasi Ladang Rakyat Kelantan Tutup Terjawab

#MSONews : MISTERI SETESEN PETRONAS TERJAWAB

Jika anda memandu melalui jalan Kota Bharu ke Ketereh, di Tunjung akan ternampak sebuah setesen minyak Petronas di kiri dan kanan. Apa yang anehnya dengan setesen minyak ini yang di kanan beroperasi manakala yang dikiri tutup.

Bagi orang yang tidak memerhati apa-apa ia tidak merasakan apa-apa kepelikan kepada setesen minyak berkenaan. Tetapi bagi mereka yang kebetulan kehabisan minyak dari perjalanan dari Ketereh ke Kota Bharu, akan berasa pelik dengan setesen minyak berkenaan, kenapa ia semacam ditutup, dah jadi macam rumah hantu.

Keadaan setesen minyak itu bukan sehari dua, tetapi sudah dekat dengan setahun? Ia juga dipagar dan dipagar terdapat sehelai kain pemindang yang memaklumkan kononnya ia diselenggarakan. Kenapa kerja penyelenggaraan sampai setahun, apa nak tiru macam pembinaan lebuh rakyat 10 km tetapi sudah memakan masa hampir sepuluh tahun dengan bertukar kontraktor hampir 10 syarikat?

Malam tadi baru terjawab kenapa gerangan setesen minyak berkenaan berkeadaan berkenaan, apabila Husam Musa mendedahkan maklumat mengenainya.

Menurutnya beliau difahamkan setesen minyak itu kepunyaan Koperasi Ladang Rakyat yang dibeli dengan nilai RM3.5 juta. Ia tidak dapat beroperasi kerana pihak Petronas tidak meluluskan lesen operasi kerana tapak setesen itu dinamakan atas nama orang lain, bukan nama koperasi.

Katanya, setesen itu dibeli oleh Koperasi Ladang Rakyat dan menamakan pemiliknya atas nama seorang kuat Pas asal dari Kota Bharu. Kes ini sepertilah apa berlaku terhadap Wisma Tokguru dimana Pas beli menggunakan nama orang bernama Yassin. Apakah Petronas itu juga dibeli atas nama Yassin?

Menjadi peraturan Petronas, mana-mana setsen minyak yang dibenarkan beroperasi mesti diatas tanah pemiliknya. Persoalannya kenapa setesen itu tidak dinamakan atas nama koperasi?

Bukan itu sahaja dedah Husam, beliau juga difahamkan nilai sebenar setesen minyak itu RM2 juta sahaja. “Saya difahamkan nilainya RM2 juta sahaja, tetapi kenapa dibayar RM3.5 juta. Ke mana perginya RM1.5 juta lagi?”

Tanya dan dedah Husam dalam ceramahnya di Pasir Puteh malam tadi. Pendedahan itu merupakan satu lagi kelemahan pentadbiran kerajaan Pas dibawah Mad anak Kob.

Sehubungan itu Husam meminta Ahmad Yakob sebagai Pengerusi Ladang Rakyat dan Mohd Amar anak Nik Lah, sebagai timbalan TMB memberi penjelasan kenapa kemalangan itu berlaku.

Katanya ia tidak patut berlaku kerana setesen minyak itu dibeli dari wang rakyat menerui koperasi Ladang Rakyat. Trims.

Mohd Sayuti Omar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...