Thursday, February 15, 2018

Apabila HADI bawa pesan orang mati..!!!!

 
Hadi Awang telah menyatakan bahawa Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah menyatakan kpd beliau bahawa 'perlu berwaspada dengan Dap" ertikata lain Hadi mahu nyatakan kononnya Almarhum juga tidak berkenan dengan Dap. Malangnya, Almarhum sudah tiada untuk mengesahkannya. 

Sama juga, Nik Beduh pernah menyebut bahawa bapanya Almarhum Tok Guru Nik Aziz pernah berpesan agar berbaik2 dengan Umno. Malangnya, Almarhum juga telah tiada untuk mengesahkan apa yg dimaksudkan 'berbaik2' itu. Yang pasti sewaktu hayat Almarhum ada program Solat Hajat dan doa "K.O Umno" di Kota Bharu. Apakah itu maksud 'berbaik2" ? 

Semua tahu kehebatan tokoh politik dan Ulamak tersohor, Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Beliau disegani seluruh kaum dan agama kerana akhlaknya. Beliau pernah tegur Anwar secara terbuka tentang apa yg beliau rasakan tidak betul, bahkan beliau pernah tegur Hadi, Us Nasa, Hassan Ali, Tok Pa juga secara terbuka apabila melihat waktu itu ada kecenderongan mereka ini kpd Umno. Begitu juga, beliau secara terbuka menegur Dap dalam beberapa perkara. Itulah beliau. 

Kita tidak mungkin lupa, Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengunjung Pengerusi DAP, Mendiang Karpal Singh di kediaman beliau semperna lawatan ke Pulau Pinang. Tuan Guru diraikan dengan Majlis memotong kek semperna Harijadi yang ke 82 di rumah Karpal. 

Bukankah sebelum itu Karpal menyebut " Langkah mayat saya dulu jika mahu Hudud dilaksanakan di Kelantan"?. Namun, di dalam Konvensyen PR beberapa tahun selepas itu Karpal menarik balik kata2 tersebut di hadapan Almarhum Tok Guru Nik Aziz sendiri. Waktu Tun M masih hidup, mereka ungkit kisah2 buruk Tun M kerana Tun M tidak isi borang jadi ahli Pas. 

Tokoh yang telah meninggal dunia pun, mereka mahu bawa cerita untuk burukkan musuh politik mereka. Mengapa tiada kisah kezaliman Najib lagi? 

Dicatat oleh WFAUZDIN NS


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...