Thursday, March 1, 2018

Tunku Aziz akui tidak ada bukti pakatan rahsia Dr M-Kit Siang


 
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa diriny tidak mempunyai bukti mengenai pakatan rahsia yang disebutnya di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.

Bekas naib pengerusi DAP yang kini berusia 84 tahun itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Menjawab soalan, Tunku Aziz berkata beliau membuat dua kenyataan dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan pada 30 Disember 2016 dan 3 Jan 2017 dan bersetuju bahawa beberapa perkataan, apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, adalah tidak begitu tepat.

Haniff mencadangkan kepada bekas presiden Transparency International Malaysia itu bahawa beliau tidak mempunyai bukti mengenai pakatan rahsia berkenaan apabila mendesak Mukhriz untuk membuat akuan bersumpah bahawa dirinya tidak mahu menjadi perdana menteri.

"Saya setuju," jawab Tunku Aziz.

Mahkamah Tinggi sedang membicarakan saman fitnah yang difailkan oleh Mukhriz terhadap Tunku Aziz kerana mendakwa terdapat pakatan rahsia antara Dr Mahathir dan Lim untuk memastikan Mukhriz menjadi perdana menteri.

Adalah dilaporkan Selasa lalu bahawa Tunku Aziz ketika menjawab soalan dari peguamnya, Datuk Jahaberdeen Yunos bahawa beliau mendasarkan pendapatnya dari apa yang dikumpulkannya dari media dan juga sumbernya.

Beliau juga menafikan sebarang niat untuk memfitnah Mukhriz dan mengesahkannya hari ini bahawa tidak ada niat jahat apabila menulis dua artikel itu.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/414016#cALToq35LzBYEhW1.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...