Tuesday, June 12, 2018

Dedah sumber dana tajaan haji 1MDB

 http://www.beritadaily.com/wp-content/uploads/2017/01/haji-1mdb.jpg
ALOR SETAR - Kerajaan diminta segera mendedahkan sumber dana bagi program penajaan ibadah haji bawah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Komunikasi Amanah Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, memandangkan ketika ini, 1MDB disiasat secara teliti bawah kerajaan baharu, punca dana bagi program kebajikan dan berkaitan hal agama harus didedahkan bagi mengelak kegelisahan penerimanya.

Menurutnya, pendedahan demi pendedahan berkaiatan kes 1MDB amat mengejutkan rakyat Malaysia kerana sebelum ini kebanyakan maklumat tidak didedah secara telus kepada awam.

“Walaupun siasatan 1MDB masih belum selesai sepenuhnya, bakal jemaah haji yang ditaja 1MDB perlu disahkan status terkini mereka,” katanya.

Ridzwan berkata, dianggarkan seramai 1200 orang terdiri daripada imam masjid dan pemimpin masyarakat telah menerima surat tajaan terbabit sebelum PRU14.

“Saya harap kerajaan Persekutuan segera menenangkan kegelisahan bakal jemaah ini. Penting untuk kerajaan dedahkan sumber tajaan sama ada ia terus daripada akaun 1MDB atau daripada Tabung Haji sendiri,” katanya.

Ketika negara ditadbir kerajaan BN sebelum ini, 1MDB memaklumkan program khas haji tajaan Yayasan 1MDB dibiayai menggunakan wang yang diperoleh daripada operasi perniagaan secara sah.

Kenyataan pada Januari 2017 itu turut menafikan program itu ditaja dengan wang curi seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bersatu.

Syarikat itu turut menyifatkan dakwaan itu tidak berasas dan merupakan suatu pembohongan pembangkang.

1MDB juga tegaskan dana berkenaan dijana melalui operasi perniagaan sah dalam pengeluaran tenaga dan projek pembangunan hartanah, yang disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, bagi menaja program khas haji.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...