Tuesday, June 12, 2018

Kementerian Pendidikan memulakan proses siasatan dalaman isu projek solar di Sarawak

Siti Azielah Wahi

Dr Maszlee Malik
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu terlibat berkaitan isu penyelewengan pemberian kontrak membekaltenga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, beliau telah mengarahkan pegawai kementerian untuk menyiasat dan memberi taklimat penuh tentang masalah di sebalik isu pemberian kontrak itu, yang mungkin mewujudkan isu ketidakpatuhan tatacara perolehan yang serius.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion itu yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan juga didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan, pada Januari tahun lalu, supaya melantik syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu untuk melaksanakan projek tersebut.

Menjelaskan mengenai isu berkenaan, Maszlee berkata, terdapat 369 sekolah di Sarawak tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunakan genset diesel untuk menjana elektrik.

Sebelum 2017, bekalan diesel kepada sekolah adalah daripada beberapa kontraktor yang dibekalkan secara kontrak.

Beliau berkata, mulai 1 Jan 2017, Jepak Holding Sdn Bhd, yang asalnya satu daripada kontraktor terlibat, telah diberikan kontrak membekalkan elektrik kepada semua 369 sekolah itu bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2019 dengan nilai 'melebihi RM1 bilion' termasuk GST.

Menurutnya, peratusan siap projek itu jauh rendah lebih rendah daripada sasaran 51 peratus yang sepatutnya dilaksanakan setakat 15 Mei lepas akibat kelewatan kontraktor memulakan kerja.

"Secara ringkas, projek ini menimbulkan persoalan, kenapa perolehan yang sebegitu besar tidak dilakukan secara tender terbuka dan bagaimana Jepak diberi monopoli tanpa melalui proses yang sepatutnya," katanya.

Beliu menambah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat isu ini dan mereka turut mengarahkan semua pegawai memberi kerjasama penuh supaya yang bersalah dibawa ke mahkamah.

Beliau berkata kepincangan mengenai projek itu telah diketahui awal minggu lalu sebelum berita itu tersebar baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...