Sunday, June 3, 2018

khbar PAS fitnah PH kononnya mahu mansuh JAKIM dapat kecaman netizen

Oleh : Wan Ji bin Wan Hussin

PAYA JARAS – Walaupun terang-terangan Dr Mahathir menyatakan bahawa JAKIM perlu direform, PAS pula membuat tuduhan palsu bahawa kononnya Pakatan Harapan mahu mansuhkan JAKIM.

“Cadangan PH mansuh JAKIM”, demikian tajuk dalam Harakah bertarikh 1- 3 Jun 2018 itu tulisan Salmah Mat Husain dan Muhammad Arif Ismail.

Sikap suara rasmi PAS itu mendapat kecaman ramai netizen di Media sosial

“Betapa celakanya Harakah membuat persepsi jahat”, tulis Faeez Azahar dalam FB beliau.


Sebelum ini, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa JAKIM perlu dikaji balik, kerana didapati pendekatan Islam yang diperkenalkan JAKIM pada era Najib menjadi Perdana Menteri lebih bersifat keras dan menakutkan.

Perdana Menteri Pakatan Harapan itu turut menjelaskan bahawa, proses perubahan yang bakal dilakukan dalam JAKIM dengan tidak mengabaikan kepakaran, sama ada dari kalangan ulama, ataupun golongan profesional yang bukan dari kalangan Ulama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...