Friday, July 6, 2018

NAK JAWAB - Isu TOMMY THOMAS Vs NAJIB Vs Macai yang BANGANG

NAK JAWAB.

http://malaysianombudsman.com/wp-content/uploads/2018/06/Tommy-Thomas-Najib-Razak-990x643.jpg

Hari ni nak jawap serba ringkas tulisan beberapa orang berkaitan pendakwaan terhadap Najib. Banyak orang dok tag aku kat tulisan2 tu, jadi nak ulas sikit saja. Salah satu tulisannya ialah dari satu akaun fb bernama "Azim Ilman" yang rasanya seorang penyokong PAS yang mendapat pelajaran di Malaysia Maritime Academy". Dia tulis macam dia pakar undang-undang. Jadi aku nak ulas sikit la.

Tulisan di bertajuk seperti di bawah. Aku jawab satu persatu secara ringkas berdasarkan pengetahuan aku, bukan daripada maklumat mana-mana pihak.

Sila baca dengan sabar.

FAKTA-FAKTA KES DSN YANG MACAI MAYA PH TAK SANGGUP BACA

1.Bertahun2 DSN dituduh pencuri, perompak, penyamun wang rakyat melalui 1MDB & jumlah RM2.6bilion,Madey dakwa kertas pertuduhan telah disiapkan oleh GaniPatail sejak 2015 sehinggakan Gani dipecat dari jawatan AG kononnya.

tapi akhirnya DSN dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah & salahguna kuasa sahaja,melibatkan transaksi dari SRC International bernilai RM42 juta (2.6b?).

Ulasan Aku :

Selama ini atau kalau ikut penulis tu “bertahun2” Najib dituduh mencuri dan sebagainya adalah betul. Memang kami dari PH tak kira la Tun M atau siapa pun mendakwa Najib menyeleweng dana 1MDB, mencuri dana KWAP dan sebagainya termasuk duit RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib yang diakui sendiri oleh Najib. Tapi akhirnya Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah & salahguna kuasa sahaja melibatkan SRC International. Kenapa?

Ini nak bagitau. Pertuduhan melibatkan SRC International hanya permulaan. Sabar. Banyak lagi pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib sekiranya semua siasatan sudah lengkap termasuk segala bukti dokumentasi dan saksi-saksi. Pertuduhan jenayah tiada tarikh luput. Tak semestinya semua pertuduhan dilakukan pada hari yang sama pada minggu yang sama, bulan yang sama dan tahun yang sama.

Kemungkinan Peguam Negara pilih untuk dakwa berkaitan SRC International dahulu. Yang lain mungkin akan menyusul. Sabar. Kalau dakwa SRC International saja pun dah menggelupur riuh rendah mintak nyawa, rayu bayar jamin ansuran siap buat tabung, bayangkan kalau semua tuduhan termasuk 1MDB dibuat serentak pada hari yang sama. Agak2 Rosmah nak jual daging berapa ringgit sekilo? Sabar ya.

2.AG Tommy Thomas jelaskan tiada pertuduhan lain kepada DSN, jadi apa relevannya nilai rampasan harta bernilai RM1.1bilion oleh PDRM Amar Singh untuk kes yang cuma bernilai RM42juta?

beg hermes birkin, bijan, brg kemas dll sama macam tilam buruk zaman anwar ibrahim dulu - Propaganda media untuk mencipta persepsi buruk kepada mangsa tuduhan,SOP typical si Madey

Ulasan :

Bila Peguam Negara kata tak ada pertuduhan lain? Mungkin penulis tu silap dengar atau silap faham kot. Seperti jawapan aku di atas, tiada pertuduhan lain pada hari itu sahaja. Tunggu la. Banyak hari lagi.

Bukan Najib seorang yang akan didakwa. Ramai lagi. Tunggu.

Kalau Najib didakwa pecah amanah ambik duit 27 juta, orang yang uruskan duit tu masuk kat Najib juga mungkin akan didakwa nanti. Tunggu saja la. Itu kerja Pendakwa Raya. Kita? Tunggu tengok la...

3.AG Tommy Thomas dihentak oleh Ketua Peguambela Shafee kerana dokumen & bukti pendakwaan belum siap sepenuhnya dan perbicaraan ditangguh ke tahun hadapan... atau drag sampai PRU15?? oklah at least boleh claim salah satu manifesto 100 hari dah ditunaikan kan??

Ya kerana saksi utama yg terlibat dalam transaksi SRC adalah Nik Faisal Ariff (NFA) yang dikatakan bersembunyi di indonesia sejak 2015. lawaknya kerajaan malaysia sibuk suruh polisi indonesia cari/tangkap jamal yunos dulu, bukan NFA. adakah NFA sengaja dilepas bebas supaya semua pertuduhan dapat dihalakan kepada DSN??

Jawapan :

AG dihentak? Hahahaha bagi faham dulu prosedur perbicaraan di Mahkamah sebelum nak hentak orang. Shafee tu sengaja timbulkan persepsi agar orang nampak AG dihentak sedangkan tak rasa hentakan apa pun.

Prosedur perbicaraan di Mahkamah adalah mengikut Kanun Prosedur Jenayah atau dalam Bahasa Inggerisnya Criminal Procedure Code – kami lawyer sebut CPC. Boleh cari CPC, baca, kalau tak faham tanya.

Ringkasnya gini.

Tidak pernah dan tidak menjadi kemestian pihak Pendakwaan menyediakan dan menyerahkan apa-apa dokumen atau bukti pada hari OKT didakwa/dituduh.

Pada hari pertuduhan, pertuduhan akan dibacakan kepada tertuduh (OKT) dan OKT akan ditanya mengaku salah atau tidak. OKT boleh pilih untuk mengaku atau tidak. Jika OKT mengaku, maka fakta kes akan dibacakan. Jika OKT setuju dengan fakta kes, Mahkamah akan minta OKT kemukakan rayuan hukuman sebelum hukuman dijatuhkan.

Jika OKT tidak mengaku salah, Mahkamah akan tetapkan satu tarikh pengurusan kes untuk pihak Pendakwaan menyerahkan segala dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan kepada pihak OKT. Ini diperuntukkan dalam Seksyen 51A CPC.

Apabila mendapat dokumen dari Pendakwaan, Pihak Pembelaan (OKT) boleh memilih untuk menghantar representasi kepada pihak Pendakwaan samada untuk memohon kes ditarik balik atau membuat pengakuan salah dengan hukuman ringan. Boleh buat “plea bargain” juga. Ada diperuntukkan dalam CPC.

Jika tidak membuat representasi atau representasi ditolak, baru Mahkamah akan tetapkan tarikh perbicaraan.

Kesimpulannya, segala dokumen untuk perbicaraan TIDAK PERLU diserahkan pada hari OKT dituduh.

Kenapa drag sampai tahun depan?

Bukan drag. Itu proses biasa Mahkamah. Bukan hari ni tuduh, terus esok bicara. Ada proses lain yang perlu dilalui. Lagi pun, mungkin minggu depan Najib ada pertuduhan lain lagi. Mungkin bulan depan ada lagi. Banyak lagi ni. Sabar.

Dalam kes trafik pun hari ni tuduh, kalau tak mengaku salah, bukan hari tu jugak bicara.

4.Pasukan peguambela selamba berhujah dalam BM, buatkan ketua pendakwaraya, AG yg tak reti BM ternganga.
Kipidap!!Dongibab

Jawapan :

Isu Bahasa Kebangsaan ini ada munasabahnya tetapi yang lebih penting ialah perjalanan proses keadilan bukan bahasa.

Mahkamah boleh membenarkan prosiding dijalankan dalam apa jua bahasa yang sesuai demi perjalanan proses keadilan dalam Mahkamah. Sebab itu Mahkamah ada juru bahasa. Pihak Pembelaan tidak membantah pun semasa AG mohon dijalankan dalam bahasa inggeris malah OKT sendiri pun faham bahasa inggeris.

Isu bahasa dalam proses mahkamah hanya penting jika prosiding dijalankan dalam bahasa yang OKT tidak faham. Itu amat prejudis kepada OKT. Dalam kes Najib, OKT faham bahasa inggeris, peguambela faham bahasa inggeris, Mahkamah tidak halang penggunaan bahasa inggeris. Jadi, tiada isu pun.

Yg menjadikannya isu ialah orang yang tidak faham proses.

Jangan stress jangan kalot. Sabar itu sebahagian dari iman. Takkan tak pi usrah PAS kot sampai cempera kalot sangat.

Kami boleh ja tunggu hangpa dok kira hari nak saman org tu org ni sampai la tak saman2 apa cerita?

Aku Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya yang sah.

Zulhazmi Shariff
06072018

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...