Sunday, June 11, 2023

SIRI SAPA TAU 1 - Selain SANUSI siapa lagi Exco Kerajaan Negeri Kedah?


 SIRI SAPA TAU - I

Selain Sanusi, PAS mempunyai empat (4) lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau EXCO.

Untuk Siri Sapa Tau - I ini kita cuba tengok salah seorang daripadanya iaitu YB Dato' Dr. Mohd Hayati Bin Othman, Adun Tokai.

Dr. Mohd Hayati juga adalah mantan Ahli Parlimen Pendang. Sejak 17 Mei 2020 setelah PAS mengambil alih pentadbiran Kedah, Dr. Hayati memegang portfolio Jawatankuasa Kesihatan dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan.

Setahu aku hanya 2-3 kali aku nampak kelibat Dr. Hayati bercakap tentang portfolio kesihatan, itu pun sewaktu Covid-19 melanda negara.

Sehingga hari ini dan setakat ini, apa yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan ini yang tunjukkan "owhhh... inilah kesihatan dan kerajaan tempatan acuan Islam yang dibawa oleh PAS..."

Ada sapa tau?

ZULHAZMI SHARIFF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...