SIRI SAPA TAU - III
Siri Sapa Tau diteruskan hari ini dengan seorang lagi EXCO dari PAS iaitu YB Dato' Romani Bin Wan Salin yang merupakan Adun Bukit Pinang dalam Parlimen Pokok Sena.
Dato' Romani sejak PAS mengambil alih pentadbiran pada Mei 2020 memegang portfolio Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi & Multimedia serta Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.
Bagi aku, mungkin ada satu kejayaan Romani iaitu dalam konteks Penerangan kerana Urusetia Penerangan Negeri nampak hebat mengangkat Sanusi. Boleh kata penuh penerangan tentang Sanusi tetapi apa yang ada tentang Kedah?
Apa pula pencapaian Romani dalam hal komunikasi & multimedia? Apa yang Romani buat dengan portfolio perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna?
Sebagai salah seorang Exco dari parti Islam, apa Islamnya komunikasi dan multimedia yang dibawa oleh Romani?
Apa pendekatan Islam Romani dalam hal ehwal pengguna?
Takkan senyum saja?
Ada sapa tau?
ZULHAZMI SHARIFF
No comments:
Post a Comment