Sunday, June 11, 2023

SIRI SAPA TAU - V : Apakah jasa EXCO KEDAH yang nie pulak.. hangpa tau dak?

 

SIRI SAPA TAU - V

Hari ini kita teruskan dengan Siri Sapa Tau - V. Setelah habis semua Exco dari PAS, kita tengok pula Exco dari parti lain dalam PN iaitu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

YB Dato' Azman Bin Nasrudin ialah Adun Lunas yang asalnya memenangi kerusi Dun Lunas melalui PH (KeADILan) dalam PRU14. Dato' Azman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Man kemudiannya keluar meninggalkan KeADILan dan menyokong PAS hinggalah kemudiannya menyertai Bersatu.

Cikgu Man memegang portfolio Pertanian dan Industri Makan, Perusahaan, Perladangan dan Komuniti, Pengangkutan serta Hal Ehwal Masyarakat India.
Selama menjadi Exco, apa gamaknya yang Cikgu Man buat berkaitan pertanian dan industri makanan? Dalam portfolio Perusahaan, Perladangan dan komuniti pulak apa yang dia buat? Pengangkutan? Hal Ehwal Masyarakat India? Ishhhhh

Kita ambik ayat Sanusi, Anwar tu orang kaya, kawan dengan orang kaya, apa dia tau pasal orang miskin?

Ni Nusi oi... Cikgu Man ni cikgu melayu, apa yang dia tau pasal orang India yang hang bagi dia jaga hal ehwal masyarakat India?

Cikgu Man ni cikgu sekolah, apa yang dia tau pasal pengangkutan pasal perusahaan, perladangan?

Ada sesiapa tau Cikgu Man buat apa

ZULHAZMI SHARIFF


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...